5 Negara Tempat Terbaik Berlindung Sekiranya Tercetus Perang Dunia Ketiga

Sejarah menunjukkan bahawa di dalam setiap peperangan yang tercetus di dunia, pastinya nyawa orang awam yang tidak berdosa bakal menjadi mangsa.

Jadi tidak hairanlah ramai rakyat negara yang berperang memilih untuk meninggalkan negara mereka dengan menjadi pelarian bagi mendapatkan perlindungan dan kehidupan yang lebih baik di negara-negara jiran.

Berikut merupakan lima buah negara yang selamat untuk mendapatkan perlindungan sekiranya tercetus Perang Dunia Ketiga:

New Zealand

Meskipun lokasinya yang sedikit terpencil di bawah Australia, tetapi New Zealand sebenarnya merupakan sebuah negara yang maju.

Selain daripada itu, New Zealand turut menduduki tempat pertama Global Peace Index tahun 2009 dan semestinya menjadikannya negara yang terbaik untuk berlindung daripada sebarang konflik.

Fiji

Di tempat kedua merupakan Fiji yang merupakan sebuah negara yang terbentuk daripada beberapa buah kepulauan yang kecil.

Terletak di bahagian selatan lautan Pasifik, Fiji merupakan salah sebuah negara yang selamat untuk mendapatkan perlindungan sekiranya tercetusnya apa-apa konflik di dunia.

Republik Ireland

Terletak bersebelahan dengan Britain dan juga Ireland Utara, Republik Ireland merupakan salah sebuah negara yang ideal untuk berlindung daripada konflik dunia.

Switzerland

Terletak di Eropah, Switzerland merupakan salah sebuah daripada 11 buah negara yang paling aman di dunia.

Memiliki rating keamanan yang tinggi, tidak syak lagi Switzerland merupakan negara yang selamat untuk mendapatkan perlindungan sekiranya tercetus Perang Dunia Ketiga.

Costa Rica

Selain dikenali sebagai sebuah negara yang memiliki kestabilan politik yang kukuh, Costa Rica turut terkenal kerana tidak memiliki pasukan tentera sejak tahun 1948 lagi.

Sementara itu, Costa Rica turut menduduki tangga 10 teratas di Global Peace Index, Happy Peace Index dan Life Satisfaction Index

Sumber: Taikotai

-Cerita Selanjutnya-

4 Lokasi Yang Mungkin Jadi Tempat Meletusnya Perang Dunia Ke-3

Peperangan yang tercetus di Syria dengan serangan senjata kimia baru-baru ini telah membuatkan hubungan di antara Amerika Syarikat dengan tiga buah negara yang lain seperti China, Korea Utara dan juga Russia semakin merosot dan berada di dalam keadaan yang membimbangkan.

Sebelum ini, seorang ahli nujum yang dikenali sebagai Horocio Villegas telah meramalkan bahawa Perang Dunia Ke-3 akan tercetus pada 13 Mei 2017 nanti.

Meskipun ini hanya ramalan semata-mata dan masih belum diketahui kebenarannya, masyarakat dunia tidak menolak kemungkinan bahawa Perang Dunia III boleh berlaku dalam tempoh waktu terdekat berikutan hubungan tegang antara negara kuasa besar, ditambah lagi perang saudara di Syria dan serangan keganasan di Eropah.

Persoalannya sekarang adalah sekiranya Perang Dunia III betul-betul berlaku, di manakah lokasi pertama yang akan jadi tempat ‘pembukaan’ kepada Perang Dunia III? Menurut laman nationalinterest.org, berikut beberapa lokasi yang mungkin akan menjadi tempat pembukaan awal Perang Dunia III.

1. Semenanjung Korea

Bekas Presiden AS, Obama, pernah mencadangkan kepada Presiden Trump bahawa dasar Korea Utara akan mewakili ujian besar pentadbirannya. Korea Utara terus membina lebih banyak peluru berpandu balistik yang lebih berkesan, dan juga (kebanyakan penganalisis mengesyaki) untuk mengembangkan senjata nuklearnya..

Disebabkan hal inilah konflik boleh tercetus pada bila-bila saja dalam pelbagai cara. Jika AS memutuskan untuk menyerang Korea bagi menghentikan program pembuatan peluru berpandu balistik, maka Korea Utara akan membalasnya, dan kemungkinan besar akan terjadi perang di Semenanjung Korea. Seperti mana yang berlaku pada tahun 1950, jika hal itu terjadi, negara lain seperti Jepun, China dan Rusia juga akan turut berperang.

2. Syria

Perang sivil di Syria sudah melarat sejak sekian lama dan keadaan semakin bertambah buruk apatah lagi setelah berlaku serangan senjata kimia yang menyebabkan ramai rakyat yang tidak bersalah terbunuh. Ditambah lagi sokongan Rusia terhadap kelompok kerajaan Assad dan campur tangan AS dalam perang sivil di Syria.

Campur tangan AS dan Rusia dalam perang Syria juga mungkin boleh membawa salah faham yang berakhir dengan perang besar yang akan bermula di bumi Syria.

3. Asia Selatan

Perang juga tidak ditolak kemungkinan akan bermula di daratan Asia Selatan berikutan hubungan India dan Pakistan yang agak tegang. Ditambah lagi Presiden Trump membuat keputusan bagi mengekalkan hubungan kerjasama AS dengan India, sehingga hal itu menjadi berita tidak baik untuk Pakistan.

Sekiranya Pakistan dan India beradu senjata, AS dan China dengan mudah turut serta ke dalam perang mereka.

4. Laut Baltik

Tuduhan mengenai hubungan Presiden Trump dengan perisikan Rusia menjejaskan hubungan AS dengan NATO. Dengan ini, tidak menolak kemungkinan negara-negara kuasa besar di Eropah akan memperkuatkan pertahanan mereka dan boleh mencetuskan ketegangan berteruskan dengan Rusia

Sumber : taikotai.tv

Loading...