Akhirnya Doa Umat Islam 1 Dunia Termakbul ! Baitulmaqdis Bebas Israel Tetapi Ini Respond Panas Presiden Israel!

Loading...

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) isytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal.

Dalam satu pengundian, 128 negara menolak keputusan AS itu, dengan sembilan lagi negara menyokong.

35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.

Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.

Terdahulu, sebelum pengundian 193 negara itu, AS menerusi dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Donald Trump untuk memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.

Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-dunia/pbb-batal-pengiktirafan-baitulmaqdis-sebagai-ibu-negara-israel-163625

INI RESPOND PRESIDEN ISRAEL Benjamin Netanyahu

BAITULMAQDIS: Israel enggan menerima resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengisytiharkan pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara tersebut sebagai terbatal dan tidak sah.

Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu berkeras bahawa Baitulmaqdis ‘sentiasa’ menjadi ibu negara Israel.

“Kami tidak terima resolusi ini. Baitulmaqdis adalah ibu negara kami. Namun, saya hargai semakin banyak negara yang menerima perkara ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden Trump dan Duta AS Nikki Haley kerana mempertahankan Israel,” katanya dalam satu video di Facebook.

Pengumuman yang dibuat Trump pada 6 Disember lalu tersasar jauh dari polisi luar negara tersebut yang telah menerima konsensus bahawa nasib Baitulmaqdis wajar ditentukan melalui rundingan.

UCAPAN DARI AMBASADDOR AMERIKA SYARIKAT BERKENAAN ISU BAITULMAQDIS.

SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-dunia/kami-tidak-terima-kata-israel-kepada-pbb-163629

Israel perlu terima hakikat, Baitulmaqdis bukan ibu negaranya – TPM
Israel perlu terima hakikat, Baitulmaqdis bukan ibu negaranya - TPM

PUTRAJAYA: Israel sepatutnya mematuhi apa jua resolusi yang dicapai di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk penolakan 128 negara terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya yang baru.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Israel harus sedar ia hanya salah satu negara anggota PBB, dan tidak ada asas untuk negara itu meneruskan kedegilannya dengan tidak mematuhi resolusi antarabangsa.

“Israel hanya salah sebuah negara kepada anggota PBB. Kedegilan Israel ini memang sejak penubuhan negara berkenaan.

“Dan Israel harus mematuhi apa saja keputusan di peringkat antarabangsa, walaupun selama ini mereka sering mencabul dan menolak resolusi PBB,” katanya kepada pemberita di Masjid Putra, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang enggan menerima hakikat dan menegaskan Baitulmaqdis akan sentiasa menjadi ibu negara negara itu.

Awal pagi ini, PBB telah mengisytiharkan keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, menggantikan Tel Aviv, sebagai tidak sah dan terbatal.

Dalam sesi pengundian itu, 128 negara menolak keputusan AS itu dengan sembilan lagi negara menyokong, manakala 35 negara lain mengambil pendirian berkecuali.

Hari ini turut berlangsung Himpunan Putih: Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Putrajaya, satu platform bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan AS tersebut.

Perhimpunan akan dihadiri pemimpin negara termasuk Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta beberapa pemimpin kanan parti politik.

SUMBER : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/israel-perlu-terima-hakikat-baitulmaqdis-bukan-ibu-negaranya-tpm-163653

sumber gedebak ekudz terlajak viral

Loading...