Anne Sedih Tengok Abang Iq

Loading...

PELAKON Datin Anne Ngasri bersedia untuk berjumpa dan membantu pelakon, Iqram Dinzly yang dikatakan berkelakuan pelik sejak kebelakangan ini.

Anne yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang berkata, dia sedih melihat video yang tular di media sosial membabitkan pelakon itu.

“Kami pelakon drama Dunia Baru ada grup WhatsApp. Setiap hari kami berkomunikasi dan berkongsi apa saja. Dalam grup, dia okey saja dan tidak merepek seperti apa yang dilihat menerusi video yang tular.

“Namun, saya sedih dan terkejut apabila kali pertama melihat video berkenaan. Saya bertanya terus kepadanya mengenai keadaan dirinya yang sebenar. Dia kata, dia okey.

“Mungkin dia tak nak bercerita mengenai masalah dihadapi. Disebabkan itu, saya nak berjumpa secara empat mata dengannya. Bagi saya ia lebih senang. Dia okey untuk berjumpa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Anne, kali terakhir dia berjumpa Iqram yang disapa Abang Iq pada Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 2017) yang lalu.

Bagaimanapun, mereka tidak sempat berbual panjang kerana kekangan waktu dan komitmen pada PAU.

“Tahun lalu kami berjumpa dia okey dan seperti orang normal. Tidak ada apa yang pelik pun. Cuma, dia menunjukkan perubahan ke arah kebaikan berbanding sebelumnya.

“Dia sering memberi nasihat dalam soal agama. Sebagai kawan, saya gembira dengan caranya itu,” katanya.

Anne berkata, Elyana dan Anita Baharom yang juga pelakon drama Dunia Baru ada berjumpa Iqram di Pulau Langkawi ketika dia menetap di sana.

Sumber: hmetro

Loading...