Berikutan Kes Cikgu Azizan, Ini Luahan Daripada Budak Sekolah Tentera

Kes Cikgu Azizan

Aku pun tak paham apsal ramai yang cakap eloklah kena lempang budak tu.

Bagi aku lah. Sebenarnya tak elok. Yang jatuhkan standard guru tu si cikgu tu sendiri. Umpama takde sop. Ye aku tahu ada baiknya lempang. Tapi bagi yang mengerti jela. Tertumpu dekat satu2 kelompok je.

Sekolah aku dulu pun ada je kes disiplin. Setakat kena lempang ni kira sarapan pagi jela. Esok aku buat lagi.

Tapi unik nya sekolah aku ni, habis je sekolah, kami termaktub dengan disiplin lain. Yang mana hukuman xde lempang2 macam pondan nk tunjuk hero ni. Tiap kali kena hukuman ni, serik dah tak buat lagi. Kalau nak buat pun pikir lagi dua tiga kali.

Dua tahun je kami dilatih, tapi kesan dia sampai sekarang. Kami tahu etika, tahu profesionalisma, tahu batas dan kesan sesuatu.

Dan kesan didikan tu bukan untuk budak yang buat salah tu je. Yang mana tak terlibat tu pun tahu kesan kalau disalahkan ikut sebutan kes disiplin oleh jurulatih tu, tahu akan dapat iktibarnya.

Utk kes cikgu lempang ni, aku tak tahu la apa yang berlaku sebelum2 ni antara diorang. Tapi hal pegi lempang budak tu dah terang2 salah. Jangan cakap itu cara mengajar. So uneducated.

Boleh tak kalau anak kau sendiri dia tiba tiba curi selipar lepas tu kantoi dan aku lempangkan. Kau rasa mak bapak dia boleh duduk diam je ke? Kalau boleh, stop baca sampai sini jela. Aku mengaku salah je senang.

Sop dah ada. Sepatutnya cikgu tu ikut prosedur yang dibenarkan. Kita perlukan hukuman yang menyeluruh. Bukan setakat settle situ je.

Ramai cikgu sekarang kerja nak tunjuk hero je. Menyebabkan kesan dia 10-20 tahun lagi tak habis. Mula la terbit “cikgu aku dulu lempang aku lagi teruk” dan dia terus melempang sampai la legasi seterusnya. Itu jela keje nya

Kalau di ikutkan prosedur, aku rasa lagi menyeluruh bukan setakat budak tu je.

Bila undang2 dikuatkuasakan, tah2 cikgu disiplin pun lepak je dalam ofis. Sebabnya cikgu lain tahu jugak apa itu undang2 macam mana nak kawal selia budak2 terejal ni. Diorang boleh buat aduan, dan cikgu disiplin patut uruskan ikut prosedur lah.

Benda ni lama kelamaan akan jadi semua orang tahu akan undang2 tu. Kesan dia bukan setakat dalam sekolah, tapi luar dari itu.

Masyarakat takut akan undang2 sebab dah didik dengan undang2. Bukan takut kena belasah je. Kalau asyik nak balun je, elok budak tu pegi isap gam tepi pagar luar sekolah sebab cikgu takde nya nak belasah sebab luar kawasan.

Bila kita didik anak dengan cara belasah macam ni, memang separuh jalan je. Betul sayang anak ditangan tangankan. Tapi sampai bila kita nak duduk takuk tu? Budak lain tengok nanti, dia jadi cikgu pun dia buat yang sama. Sebabnya cikgu dia dulu balun budak lagi teruk. Konon nya!

Bila aku bangkitkan hal ni, ramai cakap anak melayu je sikit2 nak saman sikit2 nak mengadu.

Bro, cuba pikir sejenak. Bukan aku nak bekap cina. Ramai je cina india suwey masa aku sekolah dulu. Tapi bila dorg buat terejal zaman dulu, dorang tak kena balun. Sebab cikgu takut kena saman sebab dia tahu mak bapak cina ni akan ikut law fight balik.

Tapi dalam masa sama dekat rumah memang budak tu kena tazkirah la. Silap2 di berhentikan terus sekolah. Terus kena tolong bapak dia jaga bengkel ke sawit ke.

Cuba tengok singapore. Brapa ramai gangster dulu. Tapi mana pegi sekarang. Ada je tapi tak menyerlah sebab dia undang2 membataskan diorang.

Nak didik tu biarlah kesan dia panjang. Kita pun senang dan rasa nikmat dia.

Maka xde la bila dah jadi bos pun jenis x reti patuh arahan. Jenis tahu dia je bos. Xde nya sikit2 nak balun budak bawah. Dia tahu dia pun ada tugas dn x bole lari pada tu.

So kesimpulannya, tindakan lempang tu adalah salah. Tak cakap jugak budak tu betul. Dah terang terang jugak bangang. Elok telokopkan je dalam pusat, tu pun belum tentu2 insaf

Tapi sekurang2nya, 10 yang lain tahu akan undang2 dan kesannya kalau dia buat gitu.

Simple contoh,

Dalam tentera sendiri tipu la takde balun membalun ni. Tapi tangan ke law yang bataskan diorang?

Untuk cikgu disiplin, xyah nak tunjuk hero. Keparat dan terdesak nak jaga tempolok tu sendiri. Satu jari tengah untuk cikgu jenis ni. Dah salah tahu pulak nak buat press bagai. Seolah2 nak cakap cikgu is king. Palabana.

Dan lima jari tabik untuk cikgu yang betul2 ada standard.

Nukilan,
Budak sekolah tentera yang takde pengawas,
Sg. Besi

Sekian.

Loading...