‘Boss, saya menang tak RM45K?’ – Netizen geli hati dengan kesungguhan lelaki ini melayan scammer

Loading...

Hajat seorang lelaki warga asing memperdaya mangsanya tidak kesampaian apabila mangsa lebih bijak memperdayakannya kembali.

Kejadian yang dikongsikan oleh rakan mangsa yang menggunakan nama samaran Estrelle, benar-benar mengelikan hati netizen di Forum Cari.

“Hi korang! Mesti korang pernah dapat mesej scam menang wang kononnya dari pihak telko atau Shell, kan? Biasa kalau dapat, korang mesti abaikan je kan?

“Tapi yang paling kasihan, ada yang percaya dengan mesej scam ini sehingga mengalami kerugian atau hilang duit dalam akaun bank.

“Okey, ada seorang kawan saya ini ada banyak masa dan dengan gigihnya dia melayan scammer dipercayai warga Bangladesh itu. Saja nak tahu macam mana mereka menjalankan modus operandi nak kelepet duit orang.

“Yang last tu trace di Facebook berdasarkan nombor yang dia berikan. Sekali sekala seronok juga mengenakan diorang. Asyik kita saja yang terkena, kan?” tulisnya.













Gelak-gelak juga, tetapi netizen dinasihatkan berhati-hati dan tidak menerima atau percaya dengan sebarang tawaran yang ditawarkan pihak yang tidak dikenali.

Sumber: Forum CariEstrelle

Loading...