‘Dia Beli Quran Untuk Wakaf Sebanyak RM250, Menang Cabutan Bertuah Kereta RM230k’ – Perkongsian Hanis Zalikha Tarik Perhatian

Orang kata, tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Oleh itu, kita digalakkan agar sentiasa bersedekah dan memberi kepada golongan yang kurang berkemampuan supaya rezeki yang diperolehi diberkati.

Seperti yang dikongsi Hanis Zalikha di instagram storynya semalam, seorang wanita memenangi sebuah kereta ketika cabutan bertuah di Mood Republik. Cuba korang teka apa yang wanita tersebut beli?

 

 

Semalam merupakan hari penutup bagi Mood Republic 2017. Wanita tersebut menang cabutan bertuah sebuah kereta, Apabila kami semak resit beliannya, wanita tersebut bukanlah beli barangan untuk dirinya. Sebaliknya, dia beli Quran untuk wakaf berharga RM250. Dan kereta yang dia menang? RM230k. Allah Maha Besar.

 

Alhamdulilah, sebak rasa kan? Itulah ‘the power of sedekah’.

sumber : ig Hanis Zalikha, @kmal_Danish

Apa Komen Anda

Sumber: Kisah dunia

Loading...