Ini Jawapan Balas Iqram Lepas Baca Surat Terbuka Mufti.. Tak Sangka, Jawapan Balas Iqram Buat Kita Insaf.

Loading...

KUALA LUMPUR – “Sekiranya benar beliau prihatin dengan keadaan saya, beliaulah yang sepatutnya datang ke rumah saya di Ipoh, Perak dan melihat sendiri keadaan saya dan ibu.

“Saya bukan mencabar beliau tetapi sudah saya katakan sejak awal lagi, saya tidak meraih simpati kerana ini adalah cara saya berseni.”

Itu respons pelakon Iqram Dinzly ketika Kosmo! menghubunginya hari ini selepas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri meninggalkan surat terbuka kepadanya di laman Instagram hari ini.

Dalam isi kandungan surat yang dikongsi di Instagram beliau, Datuk Dr. Zulkifli antara lain memberi nasihat kepada Iqram agar tidak terpengaruh dengan cemuhan masyarakat.

Selain itu, beliau turut menjemput pelakon berusia 36 tahun tersebut datang ke pejabatnya untuk berkenalan dengan lebih rapat selain bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan.

Tambah Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, dia bersyukur kerana tingkah laku pelik bahkan didakwa gila atau kurang siuman berjaya menarik reaksi banyak pihak termasuk rakan artis, peminat, media serta ulama.

“Saya sangat bersyukur kerana kelakuan gila saya mendapat perhatian ramai pihak termasuk Mufti sendiri memberi surat terbuka. Ini memberi peluang saya berdamping dengan golongan yang tinggi ilmu agama,” ujarnya.

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat terkesan dengan kelakuan serta perangai pelik Iqram di laman sosial menerusi Live Video (LV) di Instagram.

Sumber- K! ONLINE 

Gambar Remaja.my

Loading...