Isteri Tanya.. “Abang asyik selfie jerr kenapa..? Jawapan Ustaz Ebit Lew Buat Kami Sebak

Siapa yang sering mengikuti ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri. Dia sering menangkap gambar ‘selfie’ bersama isterinya. Namun, tahukah korang disebalik hobi Ustaz Ebit itu sendiri.

Sedih kami baca perkongsian ustaz, bayangkan dia sering merindui keluarganya. Paling menyedihkan apabila dia tidak banyak merakam memori bersama arwah ibunya, tidak sempat selfie. Perasaan rindu yang lahir itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebaknya.

Asyik suka selfie

 

Abang asyik selfie jerr kenapa..sebab bila abang rindu. Abang nak tengok gambar sayang lama-lama. Biar anak-anak semua tengok insyaAllah satu masa nanti…. Nampak tak awan, langit, laut di belakang tu..ada hujung tak..begitulah cinta dan sayang abang. Allah anugerahkan cinta ini takde hujung. Lagi kita teroka. Makin luas kita nampak cinta itu…lagi indah cantik dari semua ini..

Itulah cinta Allah bagi. Maha Kuasa Allah dia yang beri rasa cinta. Pergi mana-mana ada jer orang nak selfie. Suka tengok sebab boleh ambil berkat diaorang tu semua baik-baik. Sudi dengar ceramah cina ni..

Tapi paling indah selfie dengan sayang abang. Sekarang selalu tengok gambar mak. Simpan sebab tak banyak. Tak sempat nak selfie dengan mak. Nanti nak selfie banyak-banyak dengan mak dalam syurga..

Rindu sangat dengan keluarga

Sorry,sayang. Abang rindu sayang sangatlah. Tak tahu nak buat apa. Doa kat Allah. Ya Allah jika ada pahala air mata rindu buat bidadari tercinta ini. Jadikanlah asbab hidayah. KeranaMu kami berjauhan. Kerana belajar-belajar share ilmu. Jadikanlah kerinduan mendalam terhadap bidadariku ini asbab hidayah..

Bila call isteri. Dengar suara jer dah menangis. Berdebar jantung rindu sangat. Sedih..dengar suara anak 3 tahun cakap..ayah,Qadeejah dah daftar sekolah. Tadi Qadeejah lukis muka ayah..nanti ayah tengok tau. Ayah, hayfa Qadeejah busy ni tengah try tudung sekolah. Nanti ambil gambar. Umi hantar kat ayah yer..Terus menangis rindu.

Tadi masa solat dekat surau tengok anak kecil menangis rindu mak..saya peluk dia. Saya kata ustaz pun rindu mak. Rindu bidadari ustaz. Tapi kalau kita betul-betul sayang mereka kita kena beri masa jadi baik dan buat dakwah. Pimpin keluarga dekat dengan Allah. Solat dan hidupkan Taklim rumah. Berjuang di jalan Allah. Tinggikan kalimah Allah..baik ustaz. Saya nak bawa ibu saya jumpa Nabi saw…-ebit lew

Sumber : Ustaz Ebit Lew via OhBulan

BACA JUGA : Siapa Sakitkan Hati Isteri Memang Allah Jadikan Hidupnya Tak Berkat. Tak Berjaya! Ini Kisah Benar Seorang Lelaki Bergelar Suami

Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini…

Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya..

Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer..
Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.

Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.

Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri.

Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.

Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini.

Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.

Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.

Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.

Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah -Ustaz Ebit Lew

Sumber : Suara Media Via Khalifahmedia

Loading...