‘Jangan lupa cari saya di Padang Mahsyar..’ reaksi Aishah selepas dikecam ‘ustazah’..!!- Aishah

KUALA LUMPUR : “Terima kasih banyak-banyak kerana memberi saya pahala lebih, jangan lupa nanti merangkak cari saya di Padang Mahsyar,” ini reaksi Aishah apabila dikecam oleh seorang pengguna laman media sosial Facebook yang menggunakan nama akaun sebagai ‘ustazah’.

Peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) itu mecabar pengguna Facebook tersebut untuk jumpa dan berdepan dengannya.

‘Ustazah’ itu dilihat melemparkan kata-kata negatif kepada Aishah selepas dia memuat naik status selepasberjaya ke pusingan akhir GV 4.

“Meluat tengok penyanyi gemuk nama Aisyah ni tergedik-gedik macam suara dia tu sedap sangat,” kata ‘ustazah’ berkenaan.


Walaupun dikecam, Aishah tetap tenang berhadapan netizen yang melemparkan komen negatif kepadanya.

“Relax friends,fans and family,I ok je..tak jadi kudis apa pun pada I species2 mulut xxxx @keyboard warriors ni..

Luahan hati Aishah

“Cuma nak ingatkan diorang ni mungkin mereka ni boleh tulis tapi selindung2 muka,tapi mereka lupa yg.apa mereka tulis ni 24/7 Allah nampak dan tau siapa…” katanya.

 

Sumber – Astro Awani

Loading...