Jangan Lupa Simpan Syiling Dalam “Freezer” – Pesanan Pakcik Cina Ini Buat Aku Terpinga-pinga

Loading...

Gambar Hiasan

Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.

Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar.

Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.

Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?

Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.

Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?

Kalau terputus 2 – 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 – 3 hari? Kalau seminggu?

Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.

Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.

Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..

Tapi apa kaitan syiling tu?

Ini tips untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;

Syiling

Gelas plastik yang lut sinar

Air

Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.

Lepas tu letak syiling atas ais tu.

Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.

Kalau syiling tu masih diatas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!

Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.

Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.

Terima kasih Uncle Chan Kui Peng – wise old man.

#teorikehidupanmanusia

Sumber: Facebook Rizal Abdullah

7 Tip Mudah Menjaga Peti Ais Dari Cepat Rosak

Bro,Jangan Lupa Simpan Syiling Dalam

Peti sejuk merupakan satu keperluan yang harus ada dalam rumah. Tak kisah kecil atau besar, yang penting wajib ada. kalau tak, macam mana nak simpan lebihan makanan kan?  Hari ni kami ada tips penjagaan peti ais yang mudah agar ia berfungsi dengan lebih baik dan tahan lama.

1. Jangan buka peti ais lama-lama. Nak tahu kenapa? Udara sejuk dari peti ais akan keluar dan menyebabkan suhu tinggi dalam peti ais. Jangan tanya kenapa kalau bil elektrik melambung ya.

2. Bungkus makanan dengan kemas untuk mengelakkan peti ais korang berbau.

3. Jangan letak minuman atau makanan yang panas dalam peti ais.

4. Jangan letak muatan secara berlebihan . Ini akan menghalang udara sejuk untuk beredar di seluruh ruang peti sejuk.

5. Perhatian, kalau timbunan ais berlaku pada bahagian sejuk beku, jangan cungkil atau buang ais tersebut sebab kemungkinan bocor itu boleh berlaku

6. Jangan terlalu rapatkan bahagian kiri kanan peti ais pada dinding untuk melepaskan haba. Jangan sesekali letak peti ais anda terlalu dekat dengan haba api atau panas matahari okay.

7. Pastikan soket peti ais tidak berkongsi dengan peralatan lain untuk mengelakkan arus eletrik berlebihan

Oleh Feyra Nasrom Sumber service and repairUjang jb

Sumber: sempoimedia.blogspot.my

Loading...