“Kalau Betul Dia Depression, Bantulah Dia. Kalau Dia Sesat, Bantulah Dia” – Netizen

Loading...

Tadi sebenarnya aku tengok live Iqram Dinzly dekat insta.

Tapi sedih sangat tengok keadaan dia.
Sedih tengok cara dia. Dia sangat berbeza dengan yang dulu. Dengan tarian lucah, maki hamun, tak terkata dah. Dia nampak sangat berbeza.

Aku dapat rasa dan yakin yang dia ni mengalami mental illnes yang dipanggil depression atau lebih dari itu.

Dia takkan mengaku dia sakit. Ya, orang yang mengalami depression susah nak mengaku dia sakit dan dia susah nak pergi merawat diri sendiri.

Risiko paling besar, dan dah banyak kali terjadi bila seseorang mengalami depression adalah bunuh diri kerana terlalu tertekan.

Stress dan depression tu berbeza. Tapi stress yang berulang kali dan tak dikawal akan menjadi faktor mental illnes ni.

Kalau nampak kawan kita update status atau cakap nak bunuh diri, tolong la dia.
Tolong selamat kan dia, bagi dia kata kata semangat.
Bila dia cakap macam tu, maknanya dia dah ada tanda tanda depression.

Ada yang kata Iqram ni depression sebab ayah dia meninggal.
Ada yang kata dia ni belajar ilmu sesat.

Tapi bila sebelum sebelum ni ada tengok video dia menangis nanges sebab ayah dia sakit. Dengan keadaan dia yang sekarang, aku rasa dia ni memang mengalami depression. Dia nampak kurus sangat.

Dia macam ada split personality disorder, sebab dalam beberapa minit dia boleh menangis bila dengar zikir, kemudian tiba tiba maki hamun, tiba tiba maki hamun berjoget hyper active, lepas joget sambung maki dan menangis lagi. 😥

Terkilan jugak bila baca komen komen segelintir netizen yang mengherdik, gelakkan dia, turut sama mengeluarkan kata kata lucah.

Kalau betul dia depression, bantu la dia.
Kalau betul dia sesat, bantu la dia.
Bukan dengan cara yang salah.

Termasuklah netizen yang jauh dari dia tapi hanya dekat dengan dia di media sosial, bantulah dari segi kata kata yang baik. InshaAllah kata kata yang baik tu akan jadi doa untuk dia. 😟

Takkan kau nak artis malaysia pun macam artis Korea kumpulan Shinee yang baru mati baru baru ni. Bunuh diri macam tu je?

Takyah pandang Iqram ni sebagai artis pun takpe la, tapi pandang dia sebagai seorang saudara yang kita perlu bantu.

Aku ngeri tengok dia live tadi. Kesian pun ada.
Kalau dia sihat, dia tak macam tu. 😭

Yang terdekat dengan dia bantu la dia.
Kita semua pernah nampak dia yang dulu macam mana. Bandingkan semula dengan dia yang sekarang. Masa live tengok cara dia, movement dia, mata dia, emosi dia, fizikal dia, pakaian dia, dia dulu tak macam tu. 😥

#Depression
#Omma #IqramDinzly

 

Sumber : FB Shaarjunalaila-omma

Loading...