Kerajaan Mohon Google DELETE Gambar Pulau Misteri Ni. Puncanya..

Heboh di laman sosial apabila kerajaan Taiwan telah memohon Google untuk padamkan atau kaburkan gambar setelit kawasan sebuah pulau yang dikatakan agak misteri yang boleh didapati di Google Earth. Banyak spekulasi yang muncul tetapi semua sepakat ia disebabkan oleh kawasan pulau tersebut menempatkan base tentera kerajaan Taiwan.

Pulau tersebut yang dinamakan sebagai Pulau Aba Taiping adalah ditadbir oleh Taiwan tetapi sedang diprotes oleh beberapa negara lain seperti China, Vietnam dan Filipina. Tahun lepas, tersebar di Internet gambar satelit di Pulau Aba Taiping yang menunjukkan pembinaan sebuah markas tentera. Tidak pasti markas tentera ini digunakan untuk pertahanan, menyerang ataupun hanya pusat tinjauan sahaja. via Providdrr.

2

Lagi Menarik Mengenai Applikasi Google Earth.
Lelaki gergasi dirakam melalui Google Earth
Susuk tubuh tinggi, dipercayai dewa Mesopotamia

DUA orang lelaki gergasi dirakam ketika cuba menyeberangi jalan

KAHERAH 20 Jun – Dua orang lelaki gergasi de­ngan ketinggian 2.7 meter yang dipercayai oleh ahli teori konspirasi sebagai dewa zaman Mesopotamia telah dirakam sedang berjalan di sebuah bandar berhampiran Piramid Giza, Mesir, baru-baru ini.

Gambar-gambar rakaman me­­nerusi aplikasi Google Earth itu menunjukkan dua susuk tubuh yang tinggi dan menggemparkan ribuan pengguna media sosial, sama ada mereka percaya atau meragui imej tersebut.

Laporan Mail Online menyebut, imej yang dimuat naik di YouTube bertajuk, Unreal! Two Giant Men spotted nearby Giza Pyramids! itu diperoleh seorang pengguna bernama MrMBB333 dalam aplikasi ber­kenaan semasa membuat pencarian sebuah kedai roti Dolci, tidak jauh dari Piramid Giza.

Bercakap mengenai video itu, MrMBB333 berkata, gambar tersebut menunjukkan dua orang lelaki gergasi yang pelik.

“Pinggang lelaki itu melebihi bumbung kereta dan bukan hanya seorang, tetapi ada dua orang. Salah seorang lelaki itu lebih tinggi berbanding lelaki satu lagi.

“Bercakap tentang kemba­linya Annunaki,” katanya.

Annunaki adalah sekumpulan dewa pada zaman Mesopotamia yang didakwa mencipta manusia dan piramid.

Dua individu itu dirakam sedang memakai seluar jeans dan kemeja lengan panjang dengan satu daripadanya membawa sebuah bakul.

“Lelaki itu amat besar, saya tidak peduli apa yang orang lain cakap, dia mempunyai ketinggian lebih kurang 2.7 meter,” kata seorang pengguna YouTube yang mengulas video berkenaan.

Seorang lagi pengguna meng­­andaikan, mungkin Annunaki masih berada pada zaman ini.

Bagaimanapun, pengguna YouTube lain kurang yakin de­ngan pendedahan MrMBB333 dan mempersoalkan bagaimana gambar itu diambil.
GAMBAR-GAMBAR PELIK YANG PERNAH GOOGLE EARTH RAKAM. MEMANG PELIK HABIS!!
Google Earth membolehkan kita untuk melihat tempat-tempat di seluruh dunia hanya dengan duduk sahaja di rumah. Anda boleh menyaksikan keajaiban dunia dari luar angkasa dengan menggunakan Google Earth.

Hanya dengan menaip nama tempat yang mahu dilihat, Google Earth akan mencari dan memaparkan tempat yang pengguna mahu dan pengguna boleh melihat tempat itu dari atas ataupun dalam bentuk 3D. Jadi tidak hairan jika hal-hal aneh boleh ditemui dengan menggunakan Google Maps sahaja. Seperti, terdapat beberapa tempat aneh dan misteri yang dirakam Google Earth atas alasan yang tidak dapat dijelaskan secara ilmiah ataupun logik.

Seperti dipetik dari laman boredomtherapy.com, berikut adalah 5 foto yang paling misteri yang pernah dirakam Google Earth masih belum dapat dijelaskan sehingga sekarang.

1. Pustakawan New Zealand, Shaun Higgins, dianggap telah memecahkan misteri abad ke-1 apabila menjumpai Pulau Sandy yang hilang dari peta sejak tahun 1908.

2. Geografi ini dijumpai di oasis Azraq, di Jordan beberapa tahun yang lalu dengan menggunakan Google Earth, yang dianggarkan berusia 8,500 tahun.

3. Seorang “Penyiasat UFO” mendakwa menjumpai objek yang kelihatan seperti pesawat MH370 yang hilang dengan menggunakan Google Earth. Beliau mendakwa bahawa objek tersebut dijumpai di Mozambique dan Madagascar.

4. Pola garis aneh ini dijumpai di Gurun Gobi di China. Dipercayai pola garis ini merupakan dari tentera rahsia.

5. Simbol pemuja syaitan seluas 1,200 kaki ini dijumpai di bahagian terpencil di Kazakhstan. Sungguh tidak masuk akal apabila ada simbol pemuja syaitan di negara yang majoritinya bergama Islam?

5 Tempat Misteri Yang Disembunyikan Google Earth

Google Earth adalah sebuah program ‘dunia maya’ yang memetakan bumi. Melalui Google Earth, kita boleh melihat semua negara yang ada dalam dunia ini hanya dengan duduk tersenyum di depan skrin komputer.

Hanya dengan menaip nama tempat yang mahu dilihat, Google Earth akan mencari dan memaparkan tempat yang pengguna mahu dan pengguna boleh melihat tempat itu dari atas ataupun dalam bentuk 3D. Tetapi terdapat beberapa tempat yang disembunyikan Google Earth atas alasan-alasan yang tertentu.

Jika mencari nama tempat-tempat tersebut, Google Earth akan menapis tempat tersebut. Dikatakan, tempat-tempat yang tidak ditunjukkan Google Earth ini sangat misteri dan menyembunyikan rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada orang awam.

1. Baker Lake, Kanada


Berada di bahagian Utara Kanada, tempat ini adalah tempat tinggalnya bangsa Inuit. Tiada siapa yang tahu mengapa kawasan ini disembunyikan oleh Google Earth, ada juga beberapa pihak mengatakan bahawa tempat ini dijangkakan sebagai kawasan pendaratan makhluk asing.

Perkara pelik dari daerah ini adalah bentuknya yang tidak ubah seperti monolith dalam siri novel dan filem Space Odyssey oleh Arthur C. Lake yang merupakan bekas anggota CIA dan peneroka alam. Lokasi bersalji juga dianggap tempat untuk pendaratan alien kerana dapat mengurangkan medan elektromagnet.

2. Volkel Air Base, Belanda

Di dalam kubu pengkalan udara Volkel ini tersembunyi 22 bom nuklear kepunyaan Amerika yang dikatakan empat kali lebih hebat daripada bom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

Bom-bom tersebut pada mulanya dipercayai disimpan bagi persediaan menghadapi perang dingin. Kewujudan bom-bom tersebut disahkan oleh Perdana Menteri Belanda pada tahun 2013.

3. Kawasan Misteri di Rusia

Kawasan padang rumput yang dilihat tidak jelas ini berada di Egvekinot, Russia, berhampiran dengan Selat Bering, Alaska. Pada tahun 1986, Rusia menyatakan bahawa ada banyak bandar yang sengaja ditutup walaupun di dalamnya hidup berjuta-juta orang. Sehingga sekarang tempat itu masih menjadi misteri, adakah tempat tersebut termasuk dalam bandar yang disembunyikan Rusia?

4. Taman Babylon, Iraq

Google Earth hampir menutup seluruh permukaan taman yang sangat popular kerana taman gantung ini. Peninggalan peradaban kuno ini dulunya dibina oleh Saddam Husein yang menelan berjuta-juta dolar. Kini Saddam sudah tiada, namun mengapa tempat ini masih ditutupi oleh Google Earth? Adakah Taman Babylon masih menyembunyikan rahsia lain?

5. Pacific Northwest, Amerika

Kawasan yang terletak di sempadan Washington dan Oregon ini dipercayai menjadi tempat percubaan kawalan cuaca oleh badan Amerika yang melakukan penelitan tentang pengubahsuaian dan kawalan cuaca.

Badan atau organisasi ini merupakan sumber dari pelbagai teori konspirasi. Walaupun belum diketahui motifnya, ada yang mengatakan badan ini bertanggungjawab atas bencana banjir, kemarau dan gempa bumi di beberapa negara.

Sumber :http://www.lamankongsi.com

Loading...