Kini Nekad! Safiey Illyas Besarkan Payudara di Bangkok

Loading...

Usahawan muda, Safiey Ilias, sebelum ini pernah menggegarkan seluruh Malaysia apabila dia membuat keputusan untuk berubah dari seorang mak nyah kepada seorang lelaki.

Perubahan positif Safiey itu mendapat sokongan dari pelbagai pihak. Namun, Malaysia sekali lagi dikejutkan apabila Safiey membuat keputusan untuk kembali menjadi ‘Sofea Ilias’ baru-baru ini.

Safiey Illias memuat naik gambar beliau yang berada di Bangkok bersama teman lelaki beliau iaitu Carrey Farjery. Kelihatan mereka berdua berada di salah sebuah klinik pembedahan plastik yang terletak di Bangkok dan Safiey seolah-olah sedang memilih silikon di klinik tersebut dengan kapsyen “Final decision ”

Adakah ini sekadar gimik yang Safiey pernah hebahkan sebelum ini untuk 31hb Disember nanti? Kami tidak sabar menantikan berita yang akan Safiey umumkan nanti, mari kita nantikan!

Apa Kata Anda?

Sumber : Hangat.com / mediakecoh

Loading...