Peminat Kecoh Dakwa Nora Danish Pakai Tatu Lambang Illuminati Dan Freemason

Loading...

Sebagai seorang artis yang menjadi perhatian ramai sudah pasti segal tindak tanduk mereka yang mereka lakukan di dalam media atau pun diluar sentiasa menjadi perhatian orang ramai.

Terbaru tindakan Nora Danish memuat beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya menjadi bualan ramai peminat apabila ramai tertanya-tanya apakah yang dipakai oleh Nora di lehernya berbentuk segi tiga.

Hendak dikatakan loket bukan kerana ia seolah-olah melekat pada leher Nora, ini menimbulkan kekecohan dikalangan peminatnya kerana ada mendakwa ia adalah simbol Illuminati dan Freemason.





SK hendak huraikan pasal Illuminati ini pun tak pandai tapi berdasarkan Mr Google antara bentuk lambang yang dikaitkan dengan Illuminati atau Freemason ini adalah mata sebelah dan piramid atau segitiga.



Berdasarkan apa yang dipakai oleh Nora itu tidak dapat dipastikan apakah lambangnya, memang berbentuk segitiga tetapi tidaklah boleh didakwa ianya adalah lambang Illuminati dan Nora sendiri menafikan sama sekali ianya ada kena mengena dengan Illuminati..





Berikut adalah komen-komen dari peminat Nora.





Apapun kita sebagai umat Islam haruslah mengelakkan melakukan perkara yang menimbulkan syak wasangka atau menyerupai agama lain malah bertatu sementara juga adalah haram. – Siakapkeli.my

Loading...