Peminat KPOP Keluarkan Kata-Kata Kesat Kepada Mufti Susulan Teguran Berkabung Kematian Idola KPOP

Loading...

Alangkah biadab dan kurang ajar segelintir individu yang dikesan memperlekehkan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani, yang menegur adalah haram umat Islam turut serta dalam aksi berkabung dengan lilin bagi memperingati kematian Jong-hyun.

Viral meluas di media sosial, seorang wanita yang menggunakan nama Ikster, memperlekehkan teguran itu dengan kata-kata kesat sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

“People who can’t respect others grieving can f**k the f**k off. They grieve for people who had positive impact on their lives, if not hey wouldn’t have felt the loss,” tulisnya di Twitter.

Tindakan wanita itu dianggap biadab dan tidak wajar kerana Mufti Perak hanya memberi teguran yang mudah difahami.

“Boleh dia suruh mufti f**k off. Ish.. ish.. bertenang wahai anak muda.” – Matryoshka

“Haram berkabung dengan lilin, bukannya haram berkabung langsung. Diorang tak faham ke?” – Thaza Kun

“Aku diam je pasal issue ni tapi bila dah ‘f**k off’ mufti, dah lebihlah budak ni. Doa aku satu je, jangan sampai dilaknat Allah ye dik.” – Fazni

“Haih, sebab seekor KPop yang cetek akal rosak berekor-ekor KPoper dekat Malaysia ni. I also a KPopers guys, but think this girl is too much. Kita doa saja yang baik-baik untuk dia buka mata. Nak bersedih boleh tapi janganlah sampai join aktiviti berkabung tu.” – Tyka

“Payah jenis bertuhankan KPop. Orang lain pun ada benda dia minat tapi takde la sampai taksub macam ni.” – Prince Khai

“Sampai mufti pun dihentam. Istighfarlah kak, jangan fanatik sangat. Bukan idola kau bawa masuk kau ke syurga pun. Lagi dia hook kau dari dalam neraka ajak join dia.” – Jjam

Bagaimanapun, bukanlah semua peminat KPop berperangai seperti ini. Apa pun yang kita minat atau suka, usahlah bertindak melampau batas. Bersederhanalah dalam apa jua yang kita lakukan.

Semoga wanita berkenaan dibukakan pintu hati untuk menerima teguran dan menarik balik kata-katanya.


Peminat Malaysia berkumpul ratapi pemergian Jonghyun

KUALA LUMPUR – Dianggarkan kira-kira 100 peminat berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, di sini malam tadi untuk memperingati penyanyi kesayangan mereka Kim Jong-hyun yang mati pada 18 Disember lalu.

Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri.

Sambil menyalakan lilin dan memegang belon, peminat kebanyakannya menitiskan air mata sebak kerana terpaksa ‘melepaskan’ bekas vokalis boy band Shinee itu pergi buat selama-lamanya.

Mereka yang menyayangi Jong-hyun tidak hadir dengan tangan kosong sebaliknya membawa beberapa barang peringatan seperti lilin, bunga, belon dan potretnya ketika upacara memperingati itu berlangsung.

Isnin lalu, Jong-hyun terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Konkuk selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya di Cheongdam-Dong, Seoul.

Jong-hyun disahkan meninggal dunia di hospital akibat keracunan karbon monoksida dipercayai kesan menghidu asap arang yang menyala.

Polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai bunuh diri.

Kakak Jong-hyun sebelum itu menghubungi polis pada pukul 4.42 petang 18 Disember bagi memaklumkan kecurigaannya apabila dia mengesyaki adiknya itu akan menamatkan riwayat sendiri.

Nama Jong-hyun meningkat popular selepas menyertai kumpulan Shinee – antara boy band paling popular di Korea – dianggotai oleh empat anggota lagi pada 2008.

Dia kemudian menjadi artis solo selepas keluar dari kumpulan berkenaan selain menjadi hos radio dan pelakon.

Memetik laporan The Mirror, keluarga Jong-hyun sedia maklum mengenai masalah mental dan dia juga sentiasa berperang dengan kemurungan untuk mencapai kesempurnaan.

Sejak kecil Jong-hyun dibesarkan bapa yang tegas dan kemurungan itu berterusan hingga dia berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang artis.

Melalui wawancara dengan sebuah rancangan radio Blue Night, Jong-hyun pernah meluahkan kesedihannya dengan peminat mengenai apa yang dilalui selama ini.

“Saya berasa tidak mengapa untuk hadapi kegagalan dalam hidup. Saya berasa ia tak mengapa sekiranya tidak dapat mencapai matlamat.

“Kamu masih memiliki beberapa perkara lain walaupun ketika berasa hilang atau boleh lakukan sesuatu daripadanya melalui emosi yang kamu rasakan.

“Saya berasa ia patut menjadi penilaian buat diri kamu. Tetapi tidak boleh membiarkan apa dinilai orang lain menjejaskan kepuasan hidup kamu. Saya berharap kamu tidak berasa terlalu cemas apabila berasa hilang dalam hidup,” katanya.

 

Berkabung kematian artis Korea budaya kafir, haram – Mufti Perak

 

KUALA LUMPUR — Mufti Perak menyelar perbuatan segelintir remaja Islam yang memberi penghormatan terakhir kepada seorang artis Korea pada Khamis.

Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata perbuatan berkenaan adalah haram dan jelas bertentangan dengan hukum Islam.

“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah.

“Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?

“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?” katanya kepada Astro Awani.

Kira-kira 100 peminat mendiang Kim Jong Hyun dari pelbagai kaum berhimpun di Dataran Merdeka pada malam Khamis dengan membawa belon dan lilin.

Mereka yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar dilihat membawa plakad dan bunga bagi memperingati artis tersebut.

Penyanyi berusia 27 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri di sebuah hotel di Seoul pada Isnin dan meninggal dunia ketika berada di hospital.

Polis menyifatkan kematian Kim sebagai membunuh diri selepas meninggalkan sekeping nota sebelum kejadian.

Loading...