Pengasas Sendayu Tinggi Rozita Ibrahim Kongsi Gambar Anak-anak Waktu Di Rumah Sewa, ‘Mereka Lihat Dan Bersama Saya Lalui Kesusahan’

Loading...

Pengasas Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim berkongsi sekeping gambar penuh nostalgia. Kenangan itu tentunya akan sentiasa terpahat dalam ingatannya. Gambar lama tiga orang anak daripada 5 orang anak-anaknya ketika mereka duduk di rumah sewa.

Inilah yang dicatatkan ibu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, yang baru saja selesai melunaskan ibadahnya di tanah suci Makkah bersama salah seorang anaknya, Ajim. “Madinah Al Munawarrah hari tua meniti senja bonda raikan diri saya sendiri ziarah mendekati makam Rasulullah SAW.

“Membisikkan doa saya di Raudhah. Antara doa saya jadikan hati saya jangan sekali suka kepada dunia dan isinya. Dan matikan saya dalam husnul khatimah.”

Beliau menjelaskan gambar lama itu adalah gambar anak-anaknya. Ketika itu, beliau berumur 30 tahun dan mereka menetap di rumah sewa.

“Saya jual ikan, sayur. Subuh-subuh jam 4 pagi sampai jam 9 pagi. Jam 9 pagi kerja ke ofis dan balik ofis saya kisar herba-herba Sendayu di belakang rumah. Lepas maghrib saya jual produk ST atau belajar dengan doktor pakar ayurveda siddha yunani.

“Kadang-kadang saya balik jam 11 malam atau 2 pagi (di kliniknya ada family doktor dan stafnya ramai. Sejam RM111 ke 300 lebih. Azab saya cari duit modal belajar).

Saya Kebal Fitnah

Biasalah jiran-jiran negatif pasal saya. Saya kebal fitnah tapi saya tahu apa saya buat ini jalan betul. Tak perlu takut dengan fitnah manusia sebab janji Allah orang baik akan nampak nanti kebenarannya.

Guni-guni herba di ruang tamu saya beli dari Perlis dan Pahang. Duit barang dapur ikan, sayur, budget saya RM300 sebulan. Cukup atau tak tu lah makan kami.

Dulu anak-anak ni kecik-kecik umur 10 tahun. Ajim masih baby lagi. Mereka bersama melihat dan bersama saya lalui kesusahan saya mencari 2 destinasi ** ekonomi dan family**.

Kemiskinan dan konflik perkahwinan. Jiwa saya sakit tak terkata cari kekuatan dan semangat. Bonda tak pandai berkawan atau berseronok. Selalu dengan anak-anak dan kerja.

Kerja .. belajar.. masak. Anak-anak bagi saya tu hiburan dan sampailah sekarang macam tu sikap saya. Tak ada yang kurang atau tak ada yang saya lebihkan “Bukan saya sombong. Walhal saya ni sangat peramah.”

Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Gambar Anak-anak Waktu Di Rumah Sewa, ‘Mereka Lihat Dan Bersama Saya Lalui Kesusahan’
40-an Adalah Usia Yang Suram

Saya sangat bersiap sedia dengan masa depan usia 40-an. Itu adalah usia yang suram. Siapkan minda, ekonomi, spiritual dan ilmu penting.

Kalau tak kerana kuat berwawasan untuk famili, anak-anak, saya tak pergi sejauh ini. Saya tak kejar nak kaya pun! saya cuma nak lihat potensi ilmu dan diri saya yang kekampungan ni boleh sampai mana.

Kepercayaan pada kata-kata hikmah, kuasa pertolongan Allah saya sangat percaya. Allah janjikan ulat dalam batu pun hidup. Inikan pula kita manusia.

Kesakitan jiwa dalam pwrkahwinan tu saya rawat larikan perhatian minda saya kepada ekonomi. Saya terhibur sendiri dengan bentuk rezeki yang lain.

Sumber/Foto : Facebook Page Rozita Jamu Ratu Malaya

Loading...