Petua Mudah Gunakan Aloe Vera Untuk Kecutkan Jerawat, Kulit Lembap & Cerah

Kiub lidah buaya atau Aloe Vera mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Contoh biasa buat, cuma perlu sapu di bahagian kulit yang berparut dengan lendir lidah buaya dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hasilnya kulit akan menjadi lembut, lembap dan cerah. Tambah pula lendir lidah buaya juga dapat membantu mengecutkan jerawat.

Petua mudahkan anda guna khasiat lidah buaya ini dengan buat sendiri menjadi ketulan ais, perkongsian oleh TheSisters Cookingproject buat anda yang ada masalah kulit

Nak share pasal pokok aloe vera, ramai yang tahu kan pokok ni banyak khasiat untuk kulit. Tapi kadang-kadang malas nak buat hari-hari. Jadi korang boleh frozenkan.

Cara Pakai : 

Sapukan kat muka 3 kali seminggu. Insyaallah boleh memelihara dan memperbaiki kulit.

Potong pelepah aloe vera yang besar dan banyak isi.
 
–  Buang duri kiri kanan tu dan kulit bahgian bawah (yang melengkung ke dalam).

–  Ambil sudu dan kaut isinya masuk dalam mangkuk.

– Masukkan kedalam blender dan blend sehingga hancur. Tak perlu tambah air ya. Memang dah ada lendir alovera tu jadi senang je nak blend.
 
– Lepas blend memang berbuih tau. Masukkan je dalam acuan air batu yang kecil. Saya ambil 6 pelepah dapat la penuhkan dua bekas ni.
 
– Lepas tu bekukan, jadilah macam dalam gambar. Bila nak guna keluarkan aje, sapukan kat muka sampai ais dia cair. Tak kisah korang nak guna berapa kiub pun. Biarkan kering kat muka, dia akan jadi macam mask gitu. Lepas tu basuh, ploles la kulit korang kalau rajin amalkan.

Sumber : abangterlajaklaris

Petua Kedua:

Rahsia Bancuhan Masker DIY Dari Bahan Dapur, Terus Kulit Glowing Dan Flawless Macam Artis Korea

 

Mana-mana orang perempuan sekalipun pasti mengidamkan kulit wajah atau tubuh yang berseri-seri. Senang cerita nampak glowing dan flawless macam artis Korea tu. Macam-macam caralah usaha nak bagi nampak berseri. Rupanya dengan bancuhan masker DIY dari bahan dapur pun dah boleh jadi.

Wanita berkulit cantik, putih kemerah-merahan Cek Ti ini berkongsi resepi masker dan skrub yang boleh serap minyak 2 dalam 1. Katanya sesuai sangat untuk cuaca panas-panas ini.

Cuaca panas macam sekarang ini tak bestkan. Kulit cepat hitam, makeup luntur cepat sebab berpeluh (penatnya nak touch up) dan paling tak tahan sekali kulit muka jadi berminyak-minyak melekit dan bau OMG. Boleh pengsanlah!”

Bila dan macam ini, banyaklah masalah kulit akan timbul di cuaca macam ini. Maka, terhasillah petua mask skrub serap minyak 2 in 1 ini.”

Yang penting, tak perlu beli krim bagai. Sebab boleh buat sendiri dengan bahan-bahan dari dapur rumah anda saja.
Buat Sendiri Masker DIY Dan Skrub
Bahan-bahan
rahsia masker diy dari bahan dapur

Oatmeal @ quaker oat (Manfaat: untuk serap minyak)

 

rahsia masker diy dari bahan dapur

Kunyit (Manfaat : kawal jerawat/jeragat)

 

rahsia masker diy dari bahan dapur

Aloevera (Manfaat : untuk kurang kesan terbakar pada muka)

googletag.cmd.push(function() {googletag.display(‘MWA_D_1x1-0’); });

rahsia masker diy dari bahan dapur

Garam (Manfaat : detox kulit/buang resdung muka)

rahsia masker diy dari bahan dapur

Susu ( Manfaat : memutihkan dan lembapkan kulit /buang lebam bawah mata).

rahsia masker diy dari bahan dapur

Nota : Jika mahu jadikan skrub untuk tubuh, tambahkan dengan beras yang sudah dikisar atau tumbuk.


Wajah sebelum memakai masker

Sapukan masker pada wajah. Ikut arahan berapa lama perlu ditepek pada muka sebelum dibilas.

Wajah selepas. Bagus dipakai 3 kali sehari ketika cuaca panas.

 

Cara Memakai

1. Bancuh kesemua bahan.
2. Sebatikan dan sapukan pada bahagian muka atau badan.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Ambil sedikit air dan gosok (ala ala
5. Bilas sehingga bersih.
6. Pakai waktu malam sahaja .
7. Buat setiap 3 kali sehari sepanjang cuaca panas.

 

Nota Penting : Masker skrub ni boleh dipakai di muka dan di badan tau.So sangat jimat.

Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Facebook Cek Ti

Loading...