‘Saya dituduh bersaka, bersusuk bagai, sedangkan saya dianiaya’ – Wanita kesal gambarnya diviralkan, tampil beri penjelasan

“Assalamualaikum kepada rakan-rakan Facebook. Saya empunya badan (yang diviralkan),” demikian kata Datin Nur Arifah Akaliliyang tampil memberi kenyataannya susulan viral group photo yang didakwa berlaku penampakan, semalam.

Menurut Nur Arifah, dia telah dianiaya dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar-gambar itu yang boleh menimbulkan fitnah terhadapnya dan sekali gus menjejaskan periuk nasinya.

“Alhamdulillah sudah tahu siapa punya angkara yang telah menyakiti diri ini. Mohon kepada rakan-rakan berhenti viral atau share gambar-gambar tersebut bagi menjaga aib diri.

“Juga bagi mengelakkan fitnah rakyat-rakyat Malaysia yang suka menjadi ‘hakim’ sehingga melemparkan dakwaan ‘datin bersusuk, bersaka dan sebagainya.

“Sesungguhnya saya telah dianiaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan busuk hati dengan menghantar ‘benda’ itu bagi menutup seri muka dan juga periuk nasi dalam bidang perniagaan.

“Hanya Allah yang mampu membalas perbuatan beliau dan berhati-hatilah bila berkawan,” tulisnya di Facebook semalam.

Gambar yang viral di media sosial sejak semalam

Gambar yang dikongsikan oleh Nur Arifah Akalili

Nur Arifah juga lega apabila individu yang menyebarkan gambar itu juga telah tampil memohon maaf di atas kesilapannya.

“Mohon maaf kepada Nur Arifah Akalili. Saya post mohon maaf sebab saya yang mulakan post ini sehingga teraibkan kawan sendiri.

“Jangan ada yang kecam kakak ini guna-guna pakai-pakai segala jembalang bagai. Hakikatnya dia dikhianati oleh orang yang menghantar benda tak baik dengan niat menutup rezeki birdal dan seri muka kakak ini.

“Tolong viralkan permohonan maaf ini atas sebab bagi mengelakkan dari umpatan orang dan juga atas niat mahu menjaga nama baik si empunya badan serta perniagaannya.

“Saya tak sangka sampai jadi begini dan viral sampai ke Facebook,” kata Tasha Rahman.

Terdahulu, netizen digemparkan dengan perkongsian gambar dari Tasha yang menimbulkan persoalan mengapa wajah salah seorang rakannya lebih gelap berbanding rakan-rakan lain yang berada berhampiran dengannya.

Sumber : the reporter

Loading...