SUBHANALLAH!! YUSUF AZMI MENGAMUK DAN AKAN PERGI KE MASJID AL AQSA SEKIRANYA ..

Loading...

Umat islam perlu bangkit !! Bangkit jika masjid al-aqsa diserang !!
1 dunia mengecam Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kerana memberi Baitulmaqdis kepada Israel. Saudara Yusuf Azmi dari PPIM memberi pandangan beliau di 1 sessi temubual esklusif berkenaan isu Israel ini.

Sebelum ini pihak NGO PPIM ada membuat tunjuk perasaan secara aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat untuk membantah keputusan President Donald Trump baru baru ini.

Petikan dari page facebook PPIM

“Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membawakan secara langsung Demonstrasi Aman Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Tabung Haji berhadapan Kedutaan AMERIKA SYARIKAT, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kenyataan Trump pada Rabu lalu menunjukkan keangkuhan dan kesombongan yang keterlaluan. Malahan perisytiharannya untuk menetapkan Kedutaan US di Jerusalem merupakan tindakan permusuhan yang nyata terhadap umat Islam.

Baitulmaqdis adalah Bandar Suci dan Tanah Waqaf bagi umat Islam. Selamanya akan menjadi kiblat pertama umat Islam dan masjid ketiga suci bagi umat Islam sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran serta ia akan kekal menjadi milik Palestin, Arab dan Umat Islam.”
KENAPA YUSUF AZMI BEGITU MARAH?
Beliau menegaskan semua umat islam jangan LENA dan BANGKIT kerana maruah umat islam sedang diuji. Beliau telah berjanji dengan Allah SWT sekiranya Mesjid Al-Aqsa diserang beliau akan terus pergi ke sana untuk berjihad kerana beliau rasa ini adalah tanggungjawab beliau sebagai umat islam.

Didalam temubual ini, memang nampak betapa seriusnya beliau tentang pergi ke sana. Beliau juga telah memberitahu isteri beliau tentang nawaitu beliau ini. Beliau juga kecewa kerana umat islam zaman sekarang diperkotak katikkan oleh orang Yahudi.

By: GedebakViral ©
Mari lihat video Yusuf Azmi berkenaan isu ini ..

YUSUF AZMI BERDOA AGAR BELIAU MATI DAHULU SEBELUM DAJJAL SAMPAI DI MUKA BUMI ALLAH SWT.
Yusuf Azmi juga buat kenyataan bahawa beliau akan membuat Solat Hajat berkenaan kekejaman Yahudi terhadap Palestine. Beliau menyeru agar semua umat Islam datang ke Solat Hajat.

Video Kredit: Sezzwan 93 ( YOUTUBE )

Notakaki: Marilah kita bangkit dan berdoa agar saudara islam kita di palestine selamat.

Artikel Berkaitan ..
Turki ‘BERANI MATI’ Tawar Diri Untuk Menjadi Ketua Negara Islam

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan untuk terus memperjuangkan hak kemanusiaan yang tertindas di seluruh dunia.

Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS AGENCY melaporkan Erdogan menyatakan kesungguhan demikian sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada 10 Disember setiap tahun.

Katanya, Kerajaan Turki bersama-sama dengan mereka yang tertindas sama ada di Palestin sehingga ke Syria, dan dari Afrika sehingga ke Asia.

Erdogan juga menawarkan diri untuk mengetuai dunia Islam dalam tindak balas terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Erdogan yang sering menonjolkan dirinya sebagai juara pembela Palestin, menentang keras tindakan Presiden Donald Trump itu selepas beliau membuat pengumuman minggu ini.

Beliau turut menyifatkan bahawa sebarang usaha mengiktiraf bandar yang terletak di timur Palestin itu sebagai ibu negara Israel menjadi satu ‘garisan merah’ kepada umat Islam.

Presiden Turki itu berkata, beliau akan menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan sidang kemuncak negara-negara Islam.

OIC yang merupakan sebuah pertubuhan diasaskan pada tahun 1969 selepas satu serangan ke atas Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis kini membuka peluang kepada Erdogan untuk menonjolkan kedudukannya sebagai pe­mimpin Islam.

Sementara itu sumber Istana Presiden Turki memberitahu hubungan antara Turki dan Perancis diperkukuhkan dalam isu Baitul Maqdis.

Dalam hubungan telefon kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu prihatin dengan perkembangan terkini keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara rejim Zionis.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Turki mengecam tindakan rejim Zionis yang mengenakan tindakan kekerasan terhadap penduduk Palestin yang menentang keputusan polisi Amerika Syarikat.

“Kami sangat sedih dan bimbang tentang kehilangan empat nyawa dan kecederaan ratusan orang Palestin akibat campur tangan tentera Israel terhadap Palestin yang membantah wilayah diduduki berikutan pengumuman ke atas Jerusalem bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan semua yang berkaitan Keputusan PBB.

“Kami mengutuk penggunaan kekuatan yang tidak seimbang oleh Israel,” katanya.

OLEH: MOHD EZLI MASHUT.

SUMBER : http://gedebakviral.com/terkini-turki-berani-mati-tawar-diri-untuk-menjadi-ketua-negara-islam/

Loading...