Terkedu!! Peminat Terjumpa Fattzura Honeymoon Di London, Apabila Diminta Bergambar, Tapi Ini Pula Respon Win Fazura!!

Loading...

Cerita pasangan serasi yang mendirikan rumah tangga dalam satu acara tertutup nampaknya masih belum reda di kalangan peminat mereka.

Gerak-geri pasangan selebriti, Abdul Fattah Mohd Amin, 27 tahun dan Nur Fazura Sharifuddin, 34 tahun masih diikuti ramai oleh peminat dan pengikut mereka terutamanya di laman media sosial.

Mereka yang berkahwin pada 27 November lalu dikatakan sudah berangkat untuk meraikan bulan madu di beberapa buah negara Eropah.

Selepas Fazura memuat naik ‘story’ di Instagramnya, netizen turut mengucapkan selamat jalan buat pasangan tersebut menikmati musim-musim bahagia mereka.

Menerusi Instagram Story yang di rakam oleh Aca iaitu PA Fattah Amin, Aca bergurau dengan Fazura dan Fattah ketika mereka sudah di London ,

Aca : Artis Malaysia Ke ni?OMG!! Fazura Nak Ambik Gambar!!

Fazura : Tak Boleh!! Saya Dengan Suami Tengah Honeymoon, Tolong Hormati Privacy

Nampaknya kedua pengantin baru ini begitu gembira dan menikmati masa-masa bersama sebelum keduanya kembali bekerja pada tahun 2018!

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam satu acara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.Mereka mendirikan rumah tangga beberapa hari selepas mengumumkan talian pertunangan mereka setelah mengerjakan umrah bersama keluarga masing-masing. Sementara itu, pasangan tersebut dikatakan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka sekitar Mac atau April tahun hadapan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fattah Amin dan Fazura! Kami Peminat Gembira Untuk Anda

sumber:Astro Awani,IG & Sakirin90, Sya.A

Loading...