“Tutup Komen Masuk Berita, Masih Tak Mahu Ambil Berlakon” – Izara Aisyah

Menerusi laman Twitter miliknya semalam, pelakon Izara Aishah telah meluahkan perasaannya bahawa dia masih mempunyai pengaruh yang kuat di media biarpun jarang mengemaskini laman sosial.

Pemilik nama penuh Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 25, ini berkata, apa yang dilakukannya kini masih mendapat liputan media dan perhatian masyarakat.

“Tutup ruang komen pun masuk berita merata-rata okay. Jangan main-main dengan saya. Masih tidak mahu ambil saya berlakon kerana saya tidak aktif sosial media?

“Bila saya bercakap sesuatu orang akan dengar, lihat berapa banyak liputan saya dapat untuk apa yang saya lakukan,” tulisnya.

Sebelum ini, Izara pernah mendakwa dia tidak diterima berlakon kerana tidak aktif di media sosial. Dia juga terkilan apabila bakatnya sebagai pelakon tidak dianggap sebagai penting.

Dalam pada itu, Izara turut meletak tanda pagar #toMySupportersPlsDontHateMe bermakna apa yang diluahkan itu bukan untuk peminatnya.

Sementara itu, pelakon drama ‘Dia’ ini menerusi Instastory berkata, dia akan aktif dengan memuatnaik status yang karut di media sosial demi meneruskan minatnya sebagai seorang pelakon.

“I’m gonna annoy you with my karut post. Dont take away my passion stop ruining our industry’ (Saya akan menganggu anda dengan posting karut. Jangan ambil minat saya, berhenti merosakkan industri).

.

Patutla Sejak Kebelakangan Ini Pelik Je – Iqram Dinzly Mahu Promosi ‘BAWAABATA MEREBUCKS’

“Lebih sedekad dalam industri hiburan, saya akur jika kita berbuat baik tiada siapa yang akan ambil peduli. Tetapi apabila sesekali berkelakuan aneh, mereka akan berterusan memperkatakannya hingga mencetuskan kontroversi.

“Mungkin ada yang melihat cara saya ini sebagai pemberontakan, tetapi saya ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian.

“Saya perlu melakukan anjakan dengan niat untuk memperkenalkan perniagaan merangkumi fesyen dan seni dengan lebih jauh,” jelas pelakon Iqram Dinzly, 36, mengenai aksi ‘peliknya’ sejak akhir-akhir ini.

Umum mengetahui mengenai Iqram atau nama baru ‘Princhiqy Dinzly’ itu selepas dia memuatnaik pelbagai rakaman perlakuan ‘pelik’ di laman sosial Instagramnya.

Namun begitu, Iqram mengakui bahawa semua itu dilakukan sebagai gimik awal untuk mempromosikan perniagaannya.

 

Iqram yang telah mencetuskan polemik itu memberitahu, dia terpaksa ‘menggadai diri’ dan sanggup berdepan kecaman ramai untuk memperkenalkan perniagaan yang baru diusahakannya di bawah jenama ‘Bawaabata Merebucks’.

Anak kelahiran Perak itu kebelakangan ini mencuri perhatian ramai dengan pelbagai perlakuan ‘pelik’ dan menyinggung sensitiviti masyarakat mencetuskan kecaman netizen hingga ada yang menganggapnya tidak lagi waras.

“Cara netizen mengadili saya seolah-olah mereka terlalu suci dan sempurna. Alang-alang menyakitkan hati, lebih baik saya teruskan. Lagipun, apa yang saya buat ini hanya sementara nanti saya akan berhenti,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang membalas kecaman netizen dengan melemparkan kata kesat, Iqram berkata, tindakannya itu mencerminkan mentaliti masyarakat hari ini yang terbawa-bawa dengan media sosial.

“Jika mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan kesat, mengapa saya tidak boleh? Saya mahu sedarkan masyarakat perbuatan itu tidak elok. Jika mereka sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan, saya juga begitu,” katanya.

Iqram yang kini menetap bersama ibunya di Ipoh memaklumkan, dia masih berminat untuk meneruskan kerjaya lakonannya, tetapi akan terlebih dulu meneliti tawaran yang diberikan.

“Tawaran berlakon masih ada, tetapi saya menolak kerana menghormati pemergian arwah bapa pada 10 Oktober lalu. Saya masih bersedih dan kehilangannya membuatkan saya tidak lagi kuat mengharungi dugaan hidup.

“Jika ada naskhah filem atau drama yang baik dan bayaran diberikan pula setimpal, saya akan pertimbangkan,” tuturnya.

Loading...