(Video) Zizan Beri Hadiah Untuk Syeriv Tapi Tindakan Shaheizy Sam Ini Netizen Anggap Biadap?

Semalam, bersiaran langsung rancangan Meletop pada pukul 9 malam dan turut diundang Fasha Sandha, Siti Elizad, Zarul Umbrella, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Zizan dan juga pasangan suami isteri, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Kehadiran Zizan dan Shaheizy Sam adalah untuk mempromosikan filem mereka yang dilakonkan bersama, Baby Bro.

Setelah habis diwawancara oleh hos Meletop Nabil dan Hanis Zalikha yang menggantikan Neelofa pada malam itu, isteri Shaheizy Sam turut menyertai iaitu Syatilla Melvin.

Syatilla membawa anaknya yang hensem dan comel juga , Syeriv Samheizy. Apabila sampai di penghujung rancangan dikatakan Zizan telah menyediakan hadiah buat Syeriv dan ianya berupa kasut.

Tetapi, reaksi dan tindakan Shaheizy Sam ini telah membuat netizen melabel aktor berbakat itu agak kurang adab.

Mungkin sahaja Sam ingin bergurau, tetapi netizen yang melihat turut simpati pada Zizan selepas Shaheizy Sam mencampak kasut yang diberikan.

Zizan yang turut berseloroh dengan berkata hanya mahu memberi kotak bukannya kasut, mungkin Sam membalas balik dengan niat berlawak dan mencampak kasut itu.

Lihat video di bawah pada minit 5:10

Respon netizen..

Dah bagi hadiah dicampak pulak..kesian Zizan

Why Sam why? Omg kesian Zizan..

Low class lah gurau campak2 hadiah yang orang bagi..

Sam ni makin over pulak.. kesian Zizan berubah muka dia

Appreciate apa yang diberi bro..

Tak payah kot cakap “dah ada” depan live..

Sumber: Meletop (Youtube) via kisahdunia.com

Loading...