10 Gelagat Anak Selebriti Terkenal Ke Sekolah! Selebriti No 10. Datin Syahida paling win Bukan Anak Buat Masalah Tapi Kali Ni Datin Sendiri Yang…

Musim persekolahan kembali dan tiada lagi mimpi indah buat si cilik yang akhirnya perlu bangun awal pagi setiap hari.

Pastinya hari pertama persekolahan mengundang pelbagai gelagat tidak kira pelajar yang baru berdaftar masuk sekolah mahu pun peralihan kelas untuk usia baharu.

Instagram pagi ini rancak dengan perkongsian menarik selebriti yang menghantar anak masing-masing ke sekolah.

Antaranya Sari Yanti, Stacy, Tomok, Abby Abadi, Memey Suhaiza, Elyana dan tidak kurang juga model cantik, Atita Haris.

Bagi artis muda seperti Mia Sara Nasuha, hari ini pasti membuka lembaran baharu apabila memulakan sesi persekolahan tingkatan satu bersama kenalan baharu.

Sementara itu, rutin kebiasaan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang akan menemani anak-anaknya pada hari pertama persekolahan turut menghiburkan pelayar media sosial.

Tidak lupa juga isteri kepada usahawan kosmetik Dherbs Datuk Seri Alif Syukri, Shahida yang mempersiapkan tiga anaknya untuk menempuhi hari pertama buka sekolah.

Kami kongsikan adegan menarik yang sempat dirakamkan menerusi lensa kamera selebriti sempena hari pertama sesi persekolahan tahun 2018.



Teks oleh: Amri Hassan

Loading...