Chumnan Maunghong, lelaki Thailand yang gemar makan mangga mentah sambil mencangkung

Loading...

Sekiranya anda merupakan seorang pengguna Facebook, sudah pastinya anda pernah melihat lelaki kacak berkulit cerah yang berasal daripada Thailand ini.

Dikenali sebagai Chumnan Maunghong, lelaki ini jadi terkenal kerana kerap berkongsi video-video beliau sedang memakan buah mangga mentah di Facebook.

Mangga-mangga mentah itu akan dicicah ke dalam pelbagai jenis sos sebelum dimakan oleh Chunmnan. Daripada yang masam, sehinggalah yang pedas, semuanya telah dicuba oleh lelaki Siam ini.

Apa yang menjadikan beliau dikenali ramai adalah signature-nya yang gemar mencuba makanan dalam posisi mencangkung sambil memakai seluar pendek. Ada kalanya, Chunman dilihat hanya memakai boxer pendek sahaja sehingga membuatkan ramai peminat wanita beliau yang kehilangan fokus pada makanan yang dicubanya itu.

Meskipun beliau bertutur di dalam bahasa Thailand tanpa ada sepatah perkataan pun dalam bahasa Melayu dan Inggeris di dalam video-videonya itu, Chunman cukup terkenal di serata dunia kerana ramai yang berasa terhibur melihat aksi dan ekspresi mukanya ketika sedang mencuba sesuatu hidangan yang baru.

Chunman dilahirkan pada 7 Julai 1990 di Bangkok, Thailand. Setakat ini beliau memiliki 283,000 pengikut di Instagram dan diikuti lebih  daripada 3 juta pengikut di Facebook.

Loading...