eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online

Bagi memudahkan urusan semakan wang tidak dituntut, kerajaan akan melancarkan sistem eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (Bebas-Kota Melaka) mengenai tempoh wang tidak dituntut yang akan dipegang oleh kerajaan, Othman berkata Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah wang tidak dituntut berhak memindahkan wang berkenaan ke Akaun Hasil Disatukan selepas tempoh 15 tahun.

Bagaimanapun, katanya pemilik atau waris masih boleh membuat permohonan ke atas wang tersebut walaupun selepas wang itu dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan dengan mengemukakan dokumentasi lengkap termasuk sijil kematian sekiranya pemilik sudah meninggal dunia dan surat beranak sebagai bukti hubungan kekeluargaan

“Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.” menurutnya

EGUMIS: SISTEM SEMAKAN WTD

“Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari tentang langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang tidak dituntut.

Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).

1- Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

2- Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.

3- Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.

Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.

Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.

“Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM,” katanya.

Buat masa ini, para pengguna hanya boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.

Kaunter Pejabat JANM dilaporkan sesak kebelakangan ini berikutan diserbu ribuan orang yang mahu membuat semakan WTD.

Semuanya berlaku gara-gara pendedahan yang tular mengenai seorang wanita yang mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.

Namun, rata-rata pengguna yang membuat semakan pulang hampa apabila hasil semakan tidak menemui sebarang baki wang walaupun telah lama beratur menunggu giliran.

Sistem eGUMIS ini akan mula beroperasi pada suku kedua tahun ini untuk memudahkan semakan status wang tidak dituntut dilakukan terutamanya oleh penduduk di luar bandar.

Cara dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara

1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, sila rujuk senarai di bawah.

2. Bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai bank akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.

3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

Sumber : IssuSemasa

Loading...