Farid Kamil Disambung Reman Sehari Lagi

Loading...

Minggu lepas Malaysia dikejutkan dengan penahanan pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil kerana didakwa menampar anggota polis dan berkelakuan agresif terhadap orang awam yang berada di balai polis Kota Damansara. Pihak polis juga mengesahkan bahawa Farid dibawah pengaruh dadah.

Selepas direman selama 4 hari, ini keputusan dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Disambung reman

Selepas direman 4 hari, Datuk Farid Kamil hadir di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dibawa ke bilik reman pada 11.30am. Terbaru, keputusan Mahkamah ialah Farid disambung reman sehari lagi. Turut kelihatan ialah rakan artis seperti Azad, Azhan Rani dan bekas pengurus Farid Kamil, Mohamad Zubir bagi beri sokongan terhadap isu penahanan sahabat mereka.

Foto kredit: Berita Harian

Bekas pengurus Farid Kamil dan Azhan Rani

Foto kredit: Berita Harian

Sumber: OfficialHLive

Loading...