Ingat Lagi Dengan Mila AF? Dalam Diam, Mila Jirin Kini Bergelar Pemilik Majlis Kahwin & Berstatus Jutawan! Jom Baca Kisah Beliau Yang Penuh Inspirasi

Sejak tahun lalu, khabar angin tentang selebriti Mila Jirin sudah bergelar jutawan makin kuat bertiup kencang. Memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menjuarai Akademi Fantasia musim kelima, kelibat Mila sangat jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Malah sejak mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga bekas pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015, Mila seakan memperlahankan perjalanan seninya.

Rupa-rupanya Mila bukan menyepi begitu saja. Ibu kepada Mohd Arif Zikri ini sebenarnya ligat merencana hala tuju hidup dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan lebih 10 tahun lalu. Menerusi posting yang dikongsikan Mila di laman Instagramnya hari ini, kejayaan yang diraih sekarang bermula dengan angan-angan.

“Dulu saya sering ditanya ‘Meniaga sebab dah TAK ADA SHOW ke?’ Saya hanya mampu tersenyum dengan sapaan pedas itu.

2008, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan pertama produk kecantikan LUVMILA. Waktu tu modal tak banyak dan kami tersadai akibat tak cukup rolling capital to run. Saya pun waktu tu masih hijau malar dalam berniaga dan masih main-main, nasib baik suami saya a.k.a MENTOR saya penyabar orangnya TRAIN saya dengan penuh dedikasi dan percuma.

Lepas tutup buku LUVMILA, banyaklah kata-kata nakal cakap ‘business dah tutup dah lingkup’ dan sewaktu dengannya tapi kami tetap nak berniaga dan terus POSITIVE. Disebabkan terlebih aura positive waktu tu, apa saja peluang untuk berniaga saya GRAB.

Dari mengelola acara kecil hinggalah berskala besar sampailah buat talent supply to corporate company semuanya kami terima. Keuntungan tidak diambil kira semata-mata tetapi PENGALAMAN dan dapat kami SURVIVE serta buat simpanan untuk kami BANGKIT dalam dunia perniagaan.

Tahun 2010, adalah turning point saya dan suami. Waktu tu saya pergi makan di restoran Embun Urai. Owner terdahulu beritahu nak jual restoran Embun Urai, saya dan suami terus berbincang dan kami ambil keputusan untuk beli restoran tersebut walaupun kami berdua TAK PANDAI MASAK masakan ala Thai! Oh, sebenarnya ada 1 kejadian juga sewaktu nak beli restoran tu. Disebabkan dana tak berapa mencukupi, saya dan suami ke sebuah bank untuk apply business loan dan yang PALING saya ingat hingga hari ini.

Officer bank tu bukan nak cerita mengenai produk / bank facility tetapi CONDEMN saya dengan mengatakan ‘berniaga restoran ini boleh untung ke? Not a good business! ’Waktu tu saya tekad, saya akan buktikan kata-kata dia SALAH dan saya tak perlukan capital injection from that bank!

Saya dan suami minta tempoh lagi dengan owner restoran Embun Urai dan both of us cari pelbagai peluang perniagaan sampingan untuk simpan modal dan the FACT we did part of payment to the previous owner dan alhamdulillah tahun yang sama 2010 akhirnya restoran Embun Urai jadi milik kami. Disebabkan Embun Urai, saya dan suami berada di dalam F&B Business dan ENHANCE into catering business dan tertubuhlah BIZMILLA CATERING.

Alhamdulillah kalau dulu angan-angan tapi sekarang kenyataan. Ia bukan MUDAH tetapi TIDAK MUSTAHIL! Moral of the story? Jangan pernah PUTUS ASA, sentiasa fikir POSITIVE dan perlu segera AMBIL TINDAKAN untuk mengubah dan berubah.”

Selain berkongsi tentang pengalaman sebagai usahawan, Mila berkata salah satu rahsia yang dilakukan agar terus kekal bertahan dalam perniagaan adalah disiplin yang tinggi selain banyakkan bersedekah. Jelasnya, setiap hari restoran Embun Urai akan sedekahkan Makan Malam Percuma buat Rumah Tahfiz berdekatan.

Sumber Nona

Loading...