Majlis Perkahwinan Bertukar Riuh Setelah Pengantin Lelaki Menayangkan Sebuah Video, Yang Membuatkan Isterinya Malu.

Loading...

Majlis Perkahwinan Bertukar Riuh Setelah Pengantin Lelaki Menayangkan Video Ini, Yang Membuatkan Isterinya Malu

Kejadian ini berlaku dalam sebuah majlis perkahwinan di Singapura. Pasangan yang tidak disebutkan identiti mereka ini sedang melangsungkan perkahwinan.

Para tetamu undangan telah datang, makanan juga sudah siap dihidangkan. Dengan wajah ceria, bakal suami isteri itu kemudian menjalani proses pernikahan.

Proses tersebut berjalan lancar, dan semua tetamu bertepuk tangan. Lalu asangan suami isteri tersebut duduk di atas pelamin yang sudah disiapkan.

Tiba-tiba pengantin lelaki naik ke pentas dan mengumumkan sesuatu. Dipetik dari The Independent, pengantin lelaki yang merupakan seorang usahawan berjaya di Singapura menyatakan akan memutarkan satu rakaman video kejutan untuk isterinya.

Dengan wajah gembira bercampur cemas, si isteri menunggu kejutan video yang bakal ditayangkan oleh suaminya.

Semua tetamu terdiam ketika layar gergasi mula dipasang. Baru beberapa minit video itu ditayangkan, wajah si isteri bertukar merah padam.

Suasana yang hening pada awalnya kini bertukar menjadi riuh, apabila kelihatan di dalam video tersebut menayangkan si isteri bersama dengan lelaki lain.

Tidak tahan menanggung malu, wanita tersebut terus berlari meninggalkan ruang resepsi.

Rupanya, video kejutan yang ditayangkan oleh si suami adalah rakaman ketika isterinya masuk ke sebuah bilik hotel bersama seseorang yang dipercayai teman lelaki wanita tersebut.

Video itu, adalah dari CCTV yang dirakamkan seminggu sebelum majlis perkahwinan tersebut berlangsung.

Ternyata selama ini lelaki berkenaan sudah mencurigai bakal isterinya yang mempunyai teman lelaki lain. Dia kemudian meminta seorang penyiasat wanita bernama Zhou untuk mengintai gerak-geri bakal isterinya.

Zhou memberitahu, selama sebulan bekerja, dia tidak pernah melihat perkara aneh yang dibuat oleh wanita berkenaan.

Namun, seminggu sebelum perkahwinan, Zhou terkejut apabila mendapati wanita tersebut masuk ke bilik hotel bersama lelaki lain.

Penyiasat wanita itu kemudian meminta rakaman CCTV tersebut dari pihak hotel dan menyerahkannya kepada bakal pengantin lelaki berkenaan.

Pada awalnya, Zhou menyangkakan bahawa lelaki itu akan membatalkan perkahwinannya, tapi tanpa disangka, dia tetap meneruskannya.

Tapi, apa yang mengejutkan, setelah selesai proses pernikahan mereka, lelaki tersebut telah memutarkan rakaman video bukti kelakuan curang isterinya dengan lelaki lain, seminggu sebelum majlis perkahwinan.

Dengan nada marah, lelaki itu membuat ucapan meminta isteri yang baru dikahwininya itu pergi ke neraka.

Sehingga berita ini ditulis, tidak diketahui nasib rumahtangga pengantin baru berkenaan.

Loading...