Masih ingat kembar Siam Ahmad & Muhammad Yg Dilahirkan Bercantum Dada? Pernah Menjadi Tumpuan Dunia Sehinggakan Raja Arab Saudi Belanjakan 1.7juta Untuk Pisahkan Mereka. Setelah 16 Tahun Ini Keadaan Mereka Yang Mengejutkan..(10Gambar)

Kembar Siam Dari Malaysia ini, Jadi Tumpuan Seluruh Dunia

Masihkah anda ingat kisah adik-beradik kembar siam Ahmad dan Muhammad yang dilahirkan bercantum di bahagian dada & punggung pada tahun 1998, & menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002 pernah menjadi tumpuan seluruh dunia suatu ketika dulu…

Sedar tidak sedar, adik beradik kembar kini sudahpun berusia 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun ini…

 

 

 

 

 

PAKAR-PAKAR bedah memulakan proses pembedahan bagi memisahkan kembar Siam dari Malaysia, Ahmad dan Muhammad Rosli, 4, di Hospital King Fahad National Guard, King Abdul Aziz Medical City, Riyadh, semalam. Paling kiri ialah ibu kembar tersebut, Aisah Kanda dan paling kanan, Dr. Abdullah Abdulaziz Al-Rabeeah. – Gambar RAHMAN SALEH

 

Pembedahan memisahkan Ahmad dan Muhammad bernilai RM1.7 juta yang dibiaya Raja Abdullah, 13 tahun lalu.

Walaupun dilahirkan dengan kekurangan fizikal, mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23m Subang Jaya aliran Sains Tulen menjalani sesi persekolahan sama seperti kanak2 normal yg lain…

-“Macam biasa ayah akan kejutkan along (Ahmad) & angah (Muhammad). Kami tiada masalah untuk bangun tidur sebab sudah biasa bangun awal sejak arwah ibu masih ada lagi…

-“Hari ini (Isnin) adalah hari pertama kami ke sekolah, jadi kami berkobar-kobar mahu pergi ke sekolah kerana mahu jumpa kawan-kawan,” katanya…

-Ditanya bagaimana mereka ke sekolah, Ahmad memberitahu bahwa sebaik sahaja sampai di sekolah ayahnya Rosli Abdul Rahim, 44 akan mendukung mereka adik-beradik naik ke bilik darjah yang terletak di tingkat satu…

-Malah, mereka juga bertuah dikurniakan kawan2 yg sentiasa membantu sewaktu mereka di sekolah…

-“Setiap hari ayah akan mendukung kami sampai ke kelas. Mujurlah kelas kami di tingkat satu jadi ayah taklah penat sangat…

-“Kawan-kawan akan bantu bawa ke makmal. Mereka juga tidak pernah ejek sebab semuanya memahami keadaan kami. Ada juga yang bantu beli makanan di kantin pada waktu rehat,” katanya.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Walaupun tidak memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang, pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli tetap bersemangat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading…..

Adik-beradik itu menyifatkan keputusan sederhana yang diperolehi bukanlah penentu masa depan mereka, sebaliknya ia permulaan kepada perjalanan yang masih jauh…..

“Walaupun sasaran awal kami untuk memperolehi sekurangnya 3A namun tidak kesampaian, kami tetap bersyukur kerana sudah cuba melakukan yang terbaik…..

“Alhamdulillah kami puas hati dan berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT),” kata Ahmad…

Ahmad atau lebih mesra disapa dengan panggilan along berkata dia dan adiknya, Muhammad berkongsi cita-cita yang sama iaitu mahu menjadi jurutera pengaturcaraan…..

“Insya-Allah jika diberi peluang melanjutkan pengajian, kami akan cuba melakukan yang terbaik demi mencapai cita-cita meskipun kami dalam keadaan kurang upayaan….

Pada hari Khamis, Ahmad dan Muhammad ditemani bapa mereka, Rosli Abdul Rahim mengambil keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya….

Antara mata pelajaran teras diperolehi dengan pencapaian lulus adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sejarah…..

Ditanya mengenai institusi pengajian tinggi impian mereka, Muhammad atau lebih mesra disapa sebagai angah berkata, mereka akan memilih Management and Science University (MSU) yang terletak di Shah Alam sebagai destinasi untuk mengapai cita-cita…..

“Kami terfikir untuk melanjutkan pengajian ke MSU kerana ia lebih bersifat mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)….  Lagipun ia turut menawarkan kursus yang kami inginkan,” katanya…..

Jelas Muhammad, pihak pengurusan MSU baharu sahaja menghubungi bapa mereka mengenai tawaran untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut….

“Petang tadi, mereka hubungi ayah dan maklumkan akan hantar borang permohonan untuk masuk ke universiti itu…. Mereka juga jemput kami datang ke sana minggu depan untuk meninjau kawasan kampus,…..

Sementara itu, Rosli, 45, memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana terus memberi kekuatan dan semangat kepada kedua-dua anak istimewanya itu untuk menyambung pelajaran mereka…..

“Saya bersyukur kerana Allah makbulkan setiap doa saya untuk mereka… . Mereka kata masih mahu sambung pengajian, jadi saya akan berikan sepenuh sokongan walaupun bimbang dengan keadaan mereka nanti,” kata bapanya…

Sumber asal: sensasi.org

Kemangkatan Raja Arab Saudi,

Kemangkatan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz pada awal pagi Jumaat mengejutkan keluarga pasangan kembar, Ahmad dan Muhammad Rosli yang pernah ‘dekat’ dengan baginda suatu ketika itu.

Raja Abdullah adalah individu yang bertanggungjawab membiayai pembedahan untuk memisahkan adik beradik istimewa itu, 13 tahun lalu.

Menyifatkan pemergiannya suatu kehilangan besar untuk dunia Islam, maka kata bapa pasangan kembar siam itu, Rosli Abdul Rahim, keluarganya akan bersama-sama menghadiahkan bacaan surah Yasin sebagai tanda menghargai jasa baginda, malam nanti.

“Terkejut dan sedih apabila dengar berita kemangkatan baginda. Baginda seorang yang baik hati dan banyak membantu keluarga kami.

“Baginda mangkat pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Semoga  ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan amalan baiknya diterima Allah.

“InsyaAllah… kami sekeluarga akan menghadiahkan bacaan Yasin kepada baginda malam ini. Lagipun Ahmad dan Muhammad masih belum mengetahui tentang perkara ini. Saya rasa mereka turut sedih sebaik sahaja diberitahu mengenainya apabila balik dari sekolah nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Rosli, 44, berkata, pasangan adik-beradik itu kali terakhir bertemu Raja Abdullah pada 2007 apabila mereka dijemput bersama beberapa pasangan kembar siam lain yang berjaya dipisahkan menerusi pembiayaan baginda untuk menghadiri majlis di istananya.

 


Ahmad (kanan) dan adiknya,Muhammad mampu menjalani kehidupan dengan lebih baik sejak dibedah pada tahun 2002.

MENGIMBAU kembali kenangan pada tahun 2002, keluarga pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad Rosli amat teruja apabila dapat bersua muka bersama Raja Abdullah Abdulaziz yang ketika itu merupakan Putera Mahkota Arab Saudi.

Pasangan tersebut dimasukkan di Hospital King Fahad National Guard, King Abdulaziz Medical City, Riyadh, Arab Saudi bagi menjalani pembedahan pemisahan anggota badan mereka yang bercantum dari bahagian dada ke bawah punggung serta berkongsi hati, usus, saluran kencing dan tulang pelvik pada bahagian pinggul.

Sebelum menjalani pembedahan besar tersebut, Raja Abdullah datang melawat kami. Selain bersalaman, baginda turut memberi kata-kata semangat agar kami tabah untuk menempuh dugaan tersebut. Baginda kelihatan sangat mesra ketika melawat kami di hospital beberapa hari sebelum pembedahan dijalankan.

Kami juga sangat berbesar hati dengan kunjungan itu. Tambahan pula, kerajaan Arab Saudi membiayai pembedahan pemisahan Ahmad dan Muhammad yang menelan kos RM1.7 juta,  kenang Rosli Abdul Rahim, 44, bapa kepada pasangan kembar itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ahmad bersalaman dengan Almarhum Raja Abdullah sambil diperhatikan oleh Raja Jordan, Raja Abdullah (kiri) di Kuala Lumpur pada tahun 2009.

“Kami dijemput untuk hadir ke satu majlis bagi mempertemukan semua pasangan kembar siam yang berjaya dipisahkan pada 2007. Kami dibawa ke istananya… baginda seorang yang baik hati, bersikap rendah diri dan dermawan,” katanya.

Jelas Rosli, baginda bukan sahaja membiayai pembedahan pemisahan pasangan kembar siam yang beragama Islam tapi juga agama-agama lain.

“Ahmad dan Muhammad adalah pasangan keempat atau kelima yang dibiayainya. Baginda membiayai pembedahan pasangan kembar lain tanpa mengira bangsa dan agama dari seluruh dunia,” katanya.

Rosli bersama arwah isterinya, Asiah Kanda bersama-sama Ahmad dan Muhammad berada di Arab Saudi selama tiga bulan pada 2007.

Katanya, selain memenuhi jemputan ke istana baginda, Raja Abdullah turut mengatur temu janji untuk membuat kaki palsu bagi dua anaknya itu.

Tarikh 17 September 2002 menjadi tarikh keramat apabila pasangan kembar itu yang berusia empat tahun berjaya dipisahkan.

Pembedahan itu dilakukan di King Fahad National Guard Hospital, Riyadh, Arab Saudi.

Ia mengambil masa selama 22 jam 45 minit dengan diketuai oleh Dr. Abdullah Abdulaziz Al-Rabeeah yang sekarang merupakan Menteri Kesihatan negara Arab itu.

Pembedahan pemisahan itu menelan belanja sebanyak RM1.7 juta.

Raja Abdullah dilaporkan mangkat pagi Jumaat pada usia 90 tahun.

Baginda dimasukkan ke hospital pada Disember lalu kerana penderitaan radang paru-paru dan baginda hanya bernafas menggunakan tiub.

Loading...