Masih Ingat Lagi Kes Gadis Mengaku Hamil Anak Artis Popular? Kini, Setelah Terbongkar Identitinya, Raja Afiq Tiada Job, Terpaksa Jual Roti Jala Untuk Teruskan Hidup

Loading...

Baru-baru ini, seorang gadis telah membuat pengakuan kepada mStar Online bahawa dia telah dihamilkan oleh seorang aktor drama popular yang juga merupakan bekas kekasihnya pada Oktober lepas.

Gadis Sarawak itu mendakwa segala bentuk komunikasinya dengan aktor itu telah disekat sedangkan dia berharap aktor itu akan turut bertanggungjawab menanggung kos perbelanjaan anak mereka.

 

Enggan mendedahkan identiti aktor tersebut, gadis itu meminta sang aktor untuk menghubunginya secara peribadi bagi membincangkan penyelesaian masalah mereka. Pengakuan berani itu menjadi perbualan hangat Netizen, dan antara pelakon yang dispekulasi sebagai pemuda yang menghamilkan gadis itu ialah Raja Afiq.

Gadis itu kini telah tampil membuat kenyataan terbaru bahawa anak yang telah dilahirkannya itu bukanlah anak mana-mana pelakon seperti didakwanya. Dia meminta maaf dan berkata dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang sudi menerimanya.
Namun, Berita Harian Online malaporkan gosip itu membawa kesan terhadap kerjaya Raja Afiq apabila dia tidak lagi mendapat tawaran berlakon setelah dikaitkan netizen dengan tuduhan itu dan pernah juga namanya digugurkan dari produksi pada saat akhir. Justeru, demi kelangsungan hidup, dia kini menjual Rori Jala dan Brownies untuk menampung perbelanjaan diri dan keluarganya.

Saya tidak malu menjual roti jala dan brownies di gerai untuk menampung hidup. Saya juga menerima tempahan di laman sosial dan sanggup menghantar sendiri kepada pelanggan.
Alhamdulillah, biarpun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada rezeki yang masuk. Tiada guna saya terus menyalahkan takdir yang tertulis.
Saya harus bangkit demi keluarga. Menangis air mata darah sekalipun, saya harus meneruskan hidup. Saya bukan orang senang, selain turut menanggung keluarga.
Apa yang akan mereka makan jika saya terus meratapi nasib? Komitmen lain seperti kereta dan rumah juga harus dibayar.

Sebelum ini, dia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana baginya, tidak perlu dia bersuara mengenai kisah itu yang tiada kaitan dengan dirinya.

Tidak sangka tindakan itu membuatkan saya menjadi mangsa hingga kerjaya lakonan hampir terkubur. Saya tidak tahu apa salah dan silap saya.
Gosip itu terlalu kejam hingga ada yang menganggap, saya berperangai buruk seperti itu.

Yakin doa orang teraniaya akan dimakbulkan, Raja Afiq bersyukur apabila gadis itu membuat pengakuan anak yang dilahirkannya bukanlah anak selebriti.

Alhamdulillah, akhirnya gadis itu membuat pengakuan bayi yang dikandungnya bukan hasil hubungan dengan artis.
Saya bersyukur Allah tunjukkan jalan yang sebenar. Tidak adil untuk terus meletakkan hukuman kepada saya dan rakan artis lain yang namanya turut dipalit sama.
Ia ibarat penganiayaan apabila periuk nasi saya ditabur pasir.

Memang kes aniaya betul cerita Raja Afiq ini. Tak pasal-pasal pula dituduh hamilkan anak orang gara-gara cerita gadis itu. Semoga dengan pencerahan ini, Raja Afiq akan kembali menerima tawaran berlakon yang mencurah. Rasanya baru juga tengok dia berlakon dalam drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku bergandingan dengan Puteri Aishah, kan?

beautifulnara.com

 

.

Petang semalam MH ada terima satu mesej daripada pengikut setia kami. Individu terbabit meminta kami untuk melihat akaun Instagram milik Izzue.
Menurutnya mengapa sejak akhir-akhir ini Izzue sering memuat naik gambar serta video bersama isterinya di atas katil.

 

 

Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini biasa sebagai suami isteri, namun untuk seseorang yang bergelar selebriti dan menjadi ikutan ramai ia agak tidak manis untuk dilihat.
Menurutnya bukan sekali dua tetapi dah beberapa kali Izzue sering memuat naik gambar serta video ‘terlebih mesra’ dengan isterinya.

Melihat kata individu ini, MH segera ke akaun Instagram Izzue dan melihat sendiri apa yang dimaksudkan oleh individu ini.
Amboii bukan main lagi manja mereka berdua. Tidak dinafikan Izzue dan Awin, memang selalunya begitu.

Malah, jika di Insta Stories juga kelihatan Awin bukan main manja mengusik suaminya yang sedang nyenyak tidur di sebelah.
Keadaan ini telah menyebabkan ramai ‘makan hati’ dengan kemesraan mereka berdua.

Namun seperti biasa, ada juga segelintir netizen yang kurang selesa dan menganggap pasangan ini tidak perlu memuat naik momen-momen seperti ini serta ada juga beberapa individu mengambil kesempatan untuk kritik pasangan izzu.

Bagi MH, benda ni mudah. Kalau mereka rasa yakin dan tidak kisah dengan apa sahaja reaksi netizen jadi biarkan sahaja.

Tetapi janganlah marah jika ia menjadi kontroversi sebagai seorang selebriti seseorang itu harus bijak menapis apa yang patut dan tidak untuk dikongsikan pada pengetahuan umum, tak gitu?
Tetapi apapun MH memang suka tengok gelagat Izzue melayan isterinya. Memang sweet! Susah nak jumpa pasangan macam Izzue!

sumber: MH

Loading...