‘Persenyawaan In-Vitro Adalah Pilihan Terakhir’- Izzue Islam

Loading...

Baru-baru ini kita banyak lihat artis-artis tempatan timang cahaya mata seperti Fizo Omar, Hafiz Suip, Zizie Izette dan ramai lagi.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, antara soalan sensitif untuk ditanya atau dibincangkan ialah soal anak.

Kita hanya merancang, namun rezeki itu dari Dia. Tapi ini tidak bermakna bagi pasangan untuk tidak boleh berusaha.

Seperti Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Menerusi laporan dari Harian Metro. Ada beberapa usaha yang mereka telah lakukan dan salah satunya adalah IVF (persenyawaan in-vitro).

“Ada yang cadangkan IVF (persenyawaan in-vitro) tetapi kami belum sempat jumpa doktor. IVF adalah pilihan terakhir dan mungkin akan dicuba tahun ini,” kata Izzue.

HangatMalaysia difahamkan Persenyawaan in vitro (IVF) ini ialah proses di mana telur dikeluarkan daripada ovari dan digabungkan dengan sperma dalam ceper kultur makmal. Persenyawaan berlaku di dalam ceper ini (“in vitro” bermaksud “dalam gelas kaca”). Beribu-ribu bayi telah dilahirkan melalui kaedah IVF di seluruh dunia sejak yang pertama dalam tahun 1978.

Untuk pengetahuan, Izzue dan Awin berkahwin empat tahun lalu pada 2 Jun 2013 dan dalam laporan yang sama, Izzue menolak dakwaan kesibukan dalam bidang seni dan perniagaan membataskan mereka memiliki anak sendiri.

Sumber : hangat.com

Krwdit – aislimau

Loading...