Pertama Kali Terusan Tertua Di Paris Dibersihkan. Apa Ditemui Didalamnya Buat Ramai TERPANA

Loading...

Terusan Saint-Martin adalah salah satu daripada laluan air tertua dan paling indah di bandar Paris. Terusan tersebut mempunyai sejarah yang sangat kaya. Pembinaannya telah diperintahkan oleh Napoleon pada tahun 1802 dan siap dibina pada tahun 1825.

Ia direka untuk mengalirkan air segar ke setiap pelusuk bandar tambahan pula jumlah penduduk semakin pesat berkembang di bandar itu. Ia juga merupakan jalan untuk aktiviti perdagangan dan pembiayaan terusan itu diperoleh melalui cukai jualan arak.

Kredit: Wikimedia

Setiap sepuluh atau lima belas tahun, pihak berkuasa Paris akan mengarahkan untuk kerja-kerja pembersihan terusan itu, tetapi kali terakhir terusan itu dibersihkan ialah pada tahun 2001. Akhirnya pada penghujung tahun 2015, pihak berkuasa memutuskan untuk mengeringkan dan membersihkan semula terusan itu.

Disebabkan terusan itu sudah tidak dikosongkan sejak tahun 2001, terdapat banyak sampah di dalam air dan ia kelihatan tidak selamat. Ramai pekerja yang terlibat dalam proses pembersihan yang bermula pada Januari 2016 dan berakhir pada awal April 2016. Proses pembersihan yang memakan masa selama 3 bulan itu menelan kos sebanyak RM40juta.

Mari lihat apa yang telah mereka temui sepanjang proses pembersihan itu dan pasti anda tidak percaya dengan apa yang ditemui!
Untuk memulakan proses pengeringan, empangan diturunkan ke dalam terusan

Ramai penduduk singgah di terusan itu untuk melihat proses pembersihan yang sedang dijalankan

Sebelum terusan dikeringkan sepenuhnya, para pekerja menyelamatkan dan memindahkan ikan-ikan yang terdapat di dalam terusan tersebut

Sebanyak 4500 kilogram ikan berjaya diselamat dan dipindahkan dalam proses pembersihan itu

 

Setelah pekerja selesai menangkap ikan, mereka mengeringkan terusan sehingga paras air berada pada 20 inci. Beginilah keadaan terusan selepas dikeringkan

Lihatlah longgokan sampah itu. Dahsyatnya! Sesiapa pun tidak menyangka di dalam terusan yang dianggap cantik itu sebenarnya terdapat banyak sampah

Sisa botol-botol arak dan tin minuman terdapat di dasar terusan. Mungkin sikap penduduk atau pelancong asing yang menganggap membuang sampah di dalam terusan itu bukanlah masalah besar. Diharapkan penduduk Malaysia khususnya berhenti membuang sampah di dalam tasik. Jika tidak, anda juga akan melihat kejadian seperti ini di tempat anda.

Terdapat motosikal juga di dalam terusan ini sebenarnya

Sampah yang paling banyak ditemui ialah basikal. Tidak diketahui apakah alasan penduduk di Paris membuang basikal di dalam terusan ini

Kanak-kanak ini melihat deretan bangkai basikal. Mungkin dia menyedari tindakan membuang basikal ke dalam terusan akan merosakkan nama baik negaranya

“Siapalah yang sanggup membuang basikal antik ini” kata warga emas itu

Telefon bimbit juga ditemui. Mungkin seseorang telah mencampakkannya ketika bertengkar dengan si pemanggil?

Radio antik

Kamera antik

Beg beli-belah, kerusi dan … dasar katil?

Sebuah beg pakaian ditemui. Pasti anda juga tertanya-tanya apakah isi kandungannya bukan?

Mangkuk tandas juga dibuang di dalam terusan. Apa sudah jadi dengan penduduk di sana?

Kerusi pejabat dan troli membeli-belah juga ditemui

Mungkin ada penduduk tempatan yang pada mulanya berasa hairan atau tidak setuju dengan keputusan pihak berkuasa untuk membersihkan terusan itu.

Hal ini kerana terusan itu terletak berhampiran dengan kelab malam yang terkenal. Pada mereka mungkin proses pembersihan itu akan memberi kesan kepada tanggapan pelancong asing namun setelah melihat sendiri apa yang terdapat di dasar terusan itu, masing-masing setuju dengan tindakan pihak berkuasa.

Celia Blauel adalah ahli politik yang bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar. Apabila projek pembersihan selesai, dia memberitahu rakyat Paris untuk menunjukkan penghormatan mereka kepada terusan tersebut dan menjaga persekitaran bandar.

Beliau juga mengatakan bahawa terusan itu sangat bersih sekarang, tidak lama lagi mungkin pihak berkuasa akan membenarkan orang awam berenang di dalamnya.

Kredit: Scooplify

Sumber:bicaraislam

Loading...