Sadis! Kaki wanita bertukar hitam dan meninggal dunia selepas dia makan tiram mentah. Puncanya Sangat Mengejutkan Sehingga Anda Berfikir Dua Kali Mahu Makan Tiram!

Loading...

Pada September lalu, seorang penduduk Texas bernama Vicki Bergquist dan isterinya Jeanette LeBlanc telah menziarahi keluarga mereka di Lousiana. Dalam masa yang sama, mereka telah melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti mencari ketam dan membeli seguni tiram mentah di pasar Westwego.

Namun tidak lama kemudian, kesihatan Jeanette secara tiba-tiba merosot dengan drastik!

Menurut rakan kepada pasangan ini iaitu Karen Bowers, dia dan Jeantte telah menikmati lebih kurang dua dozen tiram mentah semasa percutian tersebut. Ki

Kredit: Haute Living

“Kira-kira 36 jam kemudian, dia (Jeanette) mula mengalami masalah pernafasan yang teruk dan terdapat ruam-ruam merah pada kaki dan seluruh badannya,” kata suami kepada Jeanette.

Karen pula memaklumkan bahawa mereka menyangkakan Jeanette mengalami reaksi alahan akibat memakan makanan laut. Namun begitu, keadaan Jeanette menjadi semakin parah dalam tempoh dua hari.

Doktor memberitahu bahawa Jeanette mengalami vibrio, satu jangkitan bakteria yang berbahaya dan boleh membunuh!

“Ia adalah bakteria pemakan daging. Dia mengalami beberapa luka parah pada kakinya disebabkan oleh bakteria tersebut”.

Kredit: ThoughtCo.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, individu boleh dijangkiti bakteria vibrio ini selepas memakan makanan bercengkerang yang mentah atau sekiranya luka individu terdedah kepada air paya.

Malangnya, Jeanette telah terdedah kepada kedua-dua keadaan dan terlantar di hospital selama 21 hari! Walau bagaimanapun, tahap kesihatan Jeanette semakin parah dan akhirnya, dia meninggal dunia pada tanggal 15 Oktober 2017.

Pemergian Jeanette benar-benar meruntun hati keluarga terdekat dan sahabat rapat. Kini, Vicki dan Karen sedang berusaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai tentang vibrio dan risikonya.

“Jika kami tahu dan sedar risikonya tinggi, kami pasti Jeanette akan berhenti makan tiram,” kata Vicki lagi.

Sebagai peringatan kepada semua, jangan amalkan memakan makanan yang mentah dan tidak dimasak seperti sushi dan stik separuh masak. Sebaliknya, kita perlu memasak segala hidangan dengan betul dan sempurna bagi memastikan bakteria-bakteria yang terdapat pada makanan tersebut.

Sumber: CBS News

.

Gila! Gara-Gara Buat Aduan Tentang Peniaga Online Lambat Menghantar Barang Yang Dibeli, Peniaga Online Ini Sanggup Tempuh Perjalanan Sejauh 852 KM Semata-Mata Untuk Belasah Pelanggan!

Seorang peniaga berang perkhidmatan perniagaannya menerima aduan lalu bertindak menyerang dan memukul pelanggan wanita terbabit sehingga mengalami kecederaan, lapor Daily Mail.

Peniaga berkenaan yang dikenali sebagai Zhang, tidak puas hati selepas pelanggannya, Xiao Die, membuat aduan atas kelewatannya menghantar barangan yang telah dipesan pada 20 Disember lalu masih belum sampai ke rumahnya.

Difahamkan, Xiao Die membeli sehelai pakaian berharga 300 yuan dari laman Alibaba Taobao pada 20 Disember lalu ketika jualan penghabisan stok akhir tahun. Namun, barangan itu masih belum sampai ke alamat rumahnya selepas tiga hari sudah berlalu.

Kesal dengan kelewatan itu, Xiao Die kemudian membuat aduan kepada pihak Taobao dan tindakannya itu membuatkan rating peniaga terbabit jatuh 12 mata.

Berang dengan aduan yang diterima, Zhang kemudian mengambil keputusan untuk mencari pelanggannya itu dan mahu memberi pengajaran kepadanya. Malah Zhang sanggup menempuh perjalanan sejauh 852 kilometer untuk berjumpa dengan Xiao Die.

27 Disember, Zhang telah menemui pelanggannya itu lalu bertindak menyerangnya dengan memukul mangsa di bahagian muka, badan dan menolaknya sehingga terjatuh ke jalan raya. Beberapa orang awam turut menyaksikan kejadian itu, namun tiada sesiapa yang tampil untuk membantu mangsa mahupun menghalang suspek dari terus memukul mangsa.

Mangsa yang tidak berdaya melawan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan, gegaran otak dan patah tulang siku tangan kiri.

Xiao Die tidak menolak kemungkinan lelaki itu adalah pemilik kedai online tempatnya membeli pakaian tempoh hari. Katanya lelaki itu juga telah menghantar mesej berbentuk ugutan dan ancaman kepadanya pada 23 Disember, selepas dia membuat aduan berhubung kelewatan penghantaran barangnya.

.

.

Susulan kejadian itu, polis telah berjaya menahan lelak itu yang kemudian dikenakan hukuman penjara selama 10 hari. Sementara itu, jurucakap Taobao pula mengesahkan pihaknya telah membuang akaun Zhang di atas tindakannya yang tidak bertanggungjawab itu.

Sumber: PenMerah

Loading...