Saya Bagaikan Dipukau…

NOKIS Febrianto, pengantin lelaki yang menjadi perhatian selepas turun dari pelamin dan memeluk bekas kekasihnya di Sulawesi minggu lalu, masih kekal mesra dengan isterinya, Musriani, walaupun selepas video kejadian itu tular.

Wartawan Tribun Timur yang mengunjungi pasangan itu di rumah keluarga mentua Nokis di Kabupaten Wajo, Sabtu lalu, menyatakan Nokis kelihatan mesra dengan isterinya, sesekali menyuap makanan dan memeluk isterinya.

Nokis menolak khabar angin keretakan hubungan dengan isterinya selepas kekecohan majlis perkahwinan mereka pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, lelaki itu mengakui nyanyian bekas kekasihnya, Novi, bagaikan membuat dia hilang pertimbangan.

“Rasanya seperti dipukau waktu dia menyanyi. Saya seperti tidak sedar ketika turun dari pelamin dan memeluknya. Ada rasa kasihan,” katanya.

Menurutnya, ketika Novi datang ke majlis ‘Mappacing’ (majlis adat Bugis sebelum hari perkahwinan) dia tidak berasa apa-apa.

“Namun pada hari perkahwinan itu, saya mendengarnya menyanyikan lagu ‘Balo Lipa’, rasanya sangat beza,” kata Nokis.

Petikan penjelasan Novi yang disiarkan di Facebook.

Sementara itu, bekas kekasihnya itu, Novi menceritakan apa yang berlaku dalam status yang disiarkan melalui akaun Facebook Sukma Henny, Khamis lalu.

Novi memberitahu niatnya datang ke majlis perkahwinan Nokis bukan dengan niat buruk, apatah lagi merosakkan pernikahan Nokis sebaliknya memenuhi undangan ibu bapa lelaki terbabit.

Novi yang memohon maaf berikutan kekecohan itu menegaskan dia hanya ingin mengeratkan silaturahim, malah gembira kerana bekas kekasihnya berkahwin.

Menurut Novi, dia bertemu ibu bapa Nokis sebelum majlis pernikahan itu.

Novi menjelaskan, Nokis meninggalkan pelamin kerana ke tandas namun ketika mahu kembali ke pelamin, lelaki itu tiba menghampiri dan memeluknya menyebabkan Novi terkejut dan menolaknya.

Menurutnya, ibu Nokis yang dianggapnya seperti keluarga sendiri hampir setiap hari menelefonnya memintanya datang ke majlis perkahwinan anaknya itu.

Novi mengakui keluarga Nokis datang melamarnya namun kerana dia masih belajar, keluarganya meletakkan mas kahwin yang agak mahal.

“Namun, kami masih berhubungan sehinggalah saya bercuti ke Jambi selama sebulan.

“Jarang bertemu mungkin menyebabkan Nokis tidak senang dan kami sering bertengkar sampai dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan selepas satu hari, seharian saya tidak menghubunginya,” kata Novi.

Menurut Novi, dia akur dengan keputusan Nokis dan dua bulan kemudian, mengetahui lelaki itu sudah ada teman wanita baru.

“Tiga bulan selepas putus, saya cuba membuka hati dan menerima seorang lelaki,” katanya.

Lirik lagu ‘Balo Lipa’

Lemmusa nyamu andi

musolangi atikku

engka mu tudang botting

riolo mattakku

Mennengngi uwisseng memengngi

mappoji balo lipami

Rimulanna mopa

nadetto sirampe

nadetto sirampe

Kessipa ro adammu

riwettu silolota

makkuleno ro anri

musolangi atikku

Kessipa ro adammu

riwettu silolota

makkuleno ro anri

musolangi atikku

Monro ale ale madoko watakale.

Terjemahan:

betapa tega dirimu, adinda

kau hancurkan hatiku

kau duduk bersanding

di depan mataku

seandainya dari dulu aku tahu

cintamu hanya seperti motif sarung sepuhan

sedari awal kita tak usah saling mengenang

tak usah saling mengenang

betapa indah tuturmu

di saat kita bersitatap

sampai hati dirimu, adinda

kau hancurkan hatiku

Betapa indah tuturmu

di saat kita bertatapan

Sampai hati dirimu, adinda

kau hancurkan hatiku

ditinggal sendiri

menderita jiwa raga.

Loading...