“Saya Pernah Dengar Pasal Aimar Ke JDT, Tetapi….Siapa Liridon?” – Neymar Ulas Isu JDT

Bintang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Neymar mendakwa beliau hanya pernah mendengar nama kelab Johor Darul Takzim dan pemain Pablo Aimar.

Beliau juga merasa hairan bila ramai yang mengaitkan bahawa Liridon bakal menjadi pencabarnya di Liga Perancis – Ligue 1.
Saya mengetahui tentang pasukan Johor Darul Takzim sewaktu Pablo Aimar menyertai pasukan tersebut. Lionel (Messi) memberitahu saya bahawa kelab dari Malaysia (JDT) telah menandatangani kontrak bersama Aimar.

Kebetulan Aimar adalah idola kepada Lionel Messi.
Pemenang 5 kali Anugerah Ballon D’or, Lionel Messi dan bekas pemain Barcelona, Neymar JR.

Agak memeranjatkan apabila sesetengah penyokong Kedah melabelkan Liridon Krasniqi atau nama panggilan ‘Mat Don’ bakal menjadi seteru utama Neymar di Ligue-1 sedangkan pemain yang berasal dari Kosovo tersebut lansung tidak layak melepasi ujian kecergasan Angers SCO.

Mereka sengaja mengaitkan nama saya untuk meraih populariti murahan. Saya fikir mereka mengambil dos ketum yang berlebihan.

Neymar Santos JR, Bintang Sensasi PSG

Setelah Pablo Aimar menyertai pasukan Johor Darul Takzim, kelab JDT dikenali hampir ke seluruh dunia.

Malah pemain sayap rakan sepasukan Neymar dari kelab PSG, Angel Di Maria juga turut memberikan respon berhubung isu ‘Mat Don’ yang dikaitkan akan ke Ligue-1.

Dari awal lagi saya sudah dapat meneka bahawa ini hanyalah cerita palsu yang sengaja direka untuk menumpang populariti Neymar.

Ini menunjukkan penyokong kelab tersebut mempunyai minda kelas ketiga, pelik juga bila saya dapat tahu mereka memenangi anugerah penyokong terbaik baru-baru ini.

Apa-apapun semuanya sudahterjawab, Liridon kekal bersama pasukan Kedah untuk semusim lagi. Pemain import itu pastinya kecewa kerana tidak dapat beraksi bersama pasukan Angers SCO kerana bermain di Liga Perancis adalah sebahagian dari cita-citanya.

Liridon tidak layak kerana tidak melepasi ujian kecergasan pasukan tersebut. Berbeza situasinya dengan bekas pemain JDT, Gabriel Guerra yang kini sudahpun menjalani latihan bersama dengan gergasi kelab Argentina, Boca Juniors.

Penyokong Kedah pula pastinya menarik nafas lega kerana tanpa ‘Mat Don’ Kedah tidak akan kemana-mana dan sekalipun Liridon masih kekal bersama Kedah, percayalah pasukan mereka tetap akan berada di lembah yang hina sehingga ke akhirnya….

Loading...