‘Saya sayang awak, Diana’ – Respond Farid Kamil Selepas Pertama Kali Lihat Kelibat Isterinya Di Mahkamah

“Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana,” katanya ketika dibawa masuk ke bilik reman di sini.

Sebelum ini, Farid direman empat hari atas dakwaan menampar anggota polis di balai polis Kota Damansara dan menendang dua orang awam, Khamis lalu.

Semalam, reman Farid disambung lagi sehari dan kini beliau sedang keputusan sama ada reman disambung atau ikat jamin polis.Ini adalah kali pertama Diana Danielle hadir ke mahkamah selepas dua kali aktor terbabit ditahan.

TEMPOH reman ke atas pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, akan dilanjutkan bagi membantu siasatan polis berkaitan kes narkotik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, reman berkaitan kes jenayah membabitkan tindakan menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam berakhir hari ini.

“Namun, kita akan melanjutkan tempoh reman ke atas Farid menerusi kebenaran mahkamah bagi membantu kes narkotik.

“Bagi kes jenayah terdahulu mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis, ia dianggap sudah selesai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di Shah Alam, pagi ini.

Kata Mazlan, pihaknya sudah merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan akan mendakwa Farid di mahkamah kelak.

“Kami sudah bersedia untuk pertuduhan itu (kes jenayah) dan jika ada elemen narkotik, dia turut akan dituduh atas kesalahan berkenaan,” katanya.

Semalam, Mahkamah Petaling Jaya membenarkan tempoh reman ke atas pelakon itu dilanjutkan selama sehari lagi bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari Khamis minggu lalu, pelakon itu dilaporkan ke Balai Polis Kota Damansara untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter, Farid secara tiba-tiba dikatakan menampar muka petugas polis lelaki berusia 24 tahun yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Pelakon itu juga dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Datuk Farid Kamil Mengaku Tidak Bersalah? Ini Respond Datin Selepas Jumpa Suaminya Farid Kamil

PELAKON Datin Diana Danielle, 26, yang hadir pada hari keputusan pendakwaan suamianya, Datuk Farid Kamil di Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi, enggan mengulas lanjut.

Hadir mengenakan baju kurung kapas corak bunga-bunga, Diana hanya berdiam diri ketika diajukan soalan oleh pihak media. Sesekali Diana hanya melemparkan senyuman.

Wartawan Harian Metro yang berjalan sebelah Diana menuju ke kamar pengadilan sempat berbisik kepada pelakon filem Hanyut itu agar tabah dan kuat.

Tanpa menjawab, Diana hanya mengangguk tanda faham apa yang dimaksudkan. Dalam kamar pengadilan, Harian Metro sempat bercakap dengan Diana.

“No, no, no. Buat masa sekarang saya belum boleh memberi sebarang kenyataan. Terima kasih kerana sudi hadir.

“Saya hanya nak keluar dari sini. Ada jalan lain untuk saya tanpa perlu berdepan dengan pihak media?” katanya.

Ini kali pertama Diana hadir sejak Farid ditahan Khamis lalu. Turut kelihatan, adik Farid, Fadzil Zahari.

Usaha mendapatkan kenyataan lanjut daripada Diana gagal apabila dia terus meninggalkan kompleks mahkamah menaiki kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pembantu peribadinya.

Sebelumnya, Farid yang sempat ditemubual Harian Metro berkata, dia sayangkan Diana dan rindukan dua anaknya, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Dalam perbicaraan itu, Farid didakwa atas empat pertuduhan termasuk menampar anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Farid, 37, yang memakai baju-T berwarna kelabu mohon dibicara selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Namun, peguam bela Athari Bahardi yang mewakili Farid dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan RM8,000 bagi semua pertuduhan.

Semua pertuduhan akan disebut semula pada 5 Mac ini

dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, selebihnya berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Kota Damansara, Khamis minggu lalu.

Pelakon berusia 37 tahun itu menggelengkan kepalanya (mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan) setiap kali pertuduhan terhadapnya di bacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Suami kepada pelakon Diana Danielle itu dipanggil dan berdiri di dalam kandang tertuduh 11.30 pagi dan Diana dilihat turut berada di galeri awam mahkamah.

Turut kelihatan, adik pelakon yang baru dianugerahkan Datuk, Fadzil Zahari.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, beliau didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Asyraf Ahmad dan Konstabel Mohd Nizam Jamaludin.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan ketiga, Farid Kamil didakwa menggunakan kekerasan jenayah dan menghalang tugas polis dan beliau didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan terakhir, beliau didakwa berkelakuan tidak senonoh di Balai Polis Kota Damansara dengan mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada Nizam yang mana ia boleh mendatangkan kemarahan.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan, jika disabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di kaunter pertanyaan di Balai Polis Kota Damansara, jam 1.20 petang pada 11 Januari lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik manakala tertuduh diwakili peguam Athari Bahardin.

Majistret Nor Ariffin Hisham kemudian membenarkan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi keempat-empat pertuduhan.

Selain itu, mahkamah menetapkan 5 Mac ini sebagai sebutan semula kes.

Sementara itu, Farid Kamil dibebaskan dengan jaminan polis bagi kes narkotik.

Sumber:hmetro

Loading...