Tiada Jodoh! 5 Artis Malaysia Ini Diceraikan Oleh Suami ‘Mat Salleh’. Yang Last Sekali Tu Paling Teruk Suaminya Dikatakan Pemabuk dan Juga Turut Memukulnya !!

Loading...

Kisah cinta kebanyakkan artis cantik Tanah Air kadang-kadang tak segemerlap kariernya. Beberapa artis juga harus mengalami patah hati mendalam seperti ditinggal pasangan hingga bercerai dengan suami. Akhirnya mereka pun harus bergelar status janda.

Begitu pula yang dialami oleh artis cantik yang menikah dengan lelaki inggeris di bawah ini. Mereka harus rela kehidupan rumah tangganya berakhir dan kembali menjalani hidup sendiri tanpa pasangan.

Siapa saja mereka? Berikut 5 artis cantik Malaysia yang akhirnya harus bergelar janda setelah bercerai dengan suaminya yang buyang berasal dari negara Inggeris seperti yang dirangkumkan oleh  dari berbagai sumber.

1. Maya Karin

 

Maya Karin bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah. Penceraian Maya Karin berlaku genap selepas sepuluh hari mereka mengesahkan perkahwinan mereka. Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago.

2. Serina Redzuawan

Dua tahun tinggal berasingan, pelakon Serina  34, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian, Gavin Edward O’luanaigh. Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar dan Serina bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef serta Isabella Saffiya.

3. Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim sah bercerai talak tiga dengan suaminya warga Australia iaitu Amir Andrew John Browning.

Menurut Sarimah, bekas suaminya itu membuat lafaz cerai dengan menyebut ‘I Divorce You’ sebanyak tiga kali di kondominiumnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2009 sekitar jam 9 malam.

Sarimah bernikah untuk kali kedua bersama jejaka pilihannya iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

4. Jeslina Hashim

Jeslina sudah empat tahun hidup solo. Dia sah bercerai talak satu dengan Dion Andrew Vercoe, 40, pada Mac 2013. Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan dikurniakan dua orang cahaya mata,  Micah, 8 dan Keira, 6.

 

Jes pernah memenangi kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-15 menerusi filem Seri Dewi Malam.

5. Leina Hangat

Penderitaan Liena Hangat akibat digantung tidak bertali lebih empat tahun lalu berakhir apabila dia dibenarkan buat tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Jamal Deluloy Abdullah.

Liena mendakwa bahawa suaminya bukan sahaja berubah menjadi pemabuk dan menyimpan perempuan lain sejak berpindah ke Singapura pada Mac 2003, tetapi juga turut memukulnya.

Katanya, keadaan tersebut berbeza semasa mereka tinggal di Pelangi Beach Resort, Langkawi selepas bernikah pada 21 Ogos 2002.

Credit – kamiviral.net

Loading...