(Video) Ditanya Wartawan Kenapa Dahi Berdarah, Ini Respon Dari Farid Kamil Yang Mengejutkan!

Loading...

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari dilanjut reman sehari lagi bagi membantu siasatan berhubung empat kes jenayah termasuk menampar anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Khamis lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Hairul Azhar Mohd. Ishak terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Empat kes dihadapi Farid ialah mendatangkan kecede­raan yang disiasat mengikut Sek­syen 323 Kanun Keseksaan, menampar polis disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, penggunaan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengganggu tugas penjawat awam disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya; Seksyen 90 Akta Polis 1967 membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya; Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 353 memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda.

Terdahulu, Farid yang memakai baju kemeja denim tiba di Aras 1, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pukul 11.30 pagi diiringi polis mahkamah.

Turut kelihatan adiknya, Fadzil Zahari dan dua pelakon, Azad Jazmin bersama Azhan Rani hadir untuk memberi sokongan.

Bagaimanapun, isteri Farid, Datin Diana Danielle, 27, tidak kelihatan di sekitar mahkamah.

Sebelum meninggalkan mahkamah, Farid berterima kasih kepada peminat dan rakan artis yang sentiasa memberi sokongan.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 tengah hari, Khamis lalu, pelakon terbabit dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, beliau dikatakan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari. – K! ONLINE

Terima kasih semua sebab doakan saya – Farid Kamil – Terkini

TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil memberi reaksi positif dan menjelaskan keadaan kesihatannya baik-baik sahaja selepas ditahan reman selama empat hari.

“Kesihatan saya Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah, ” kata Farid sambil tersenyum.

Ditemui media di Mahkamah Petaling Jaya selepas tempoh remannya ditambah satu hari lagi, aktor filem Pinjamkan Hatiku itu juga tersenyum dan sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang memberi sokongan dan doa kepadanya.

Ditanya tentang prosedur seterusnya, Farid berkata dia bersedia menurut perintah mahkamah dan polis.

“Terima kasih semua sebab doakan saya,” katanya sebelum masuk ke dalam kenderaan polis dan dibawa keluar dari pekarangan mahkamah.

Sementara itu, adiknya Fadzil Bahari Zahari pula menjelaskan tahap emosi Farid hari ini jauh lebih tenang fizikal dan mental berbanding keadaan ketika mula direman empat hari lalu.

“Saya berasa gembira dan sangat lega dengan perubahan Farid.

“Seboleh-bolehnya kami sekeluarga harap dia dibebaskan hari ini, tetapi kami kena beri kerjasama kepada pihak polis.

“Buat masa ini, siasatan berhubung tuduhan jenayah telah selesai, tinggal lagi bab narkotik,” beritahu Fadzil ketika mengulas terhadap perintah lanjutan reman terhadap abangnya.

Dalam pada itu, Fadzil mewakili ahli keluarga Farid memohon maaf kepada individu termasuk anggota polis yang terlibat dalam insiden kekecohan di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 11 Januari Khamis lalu. – K! ONLINE

Sumber : Kosmo Online

Loading...