[VIDEO] “Happy Birthday Mama! “Jannah Terharu dan Sebak ketika Menyambut Birthday Ibunya..

“Happy Birthday Mama! “Jannah terharu dan sebak ketika Menyambut Birthday ibunya bertempat di One World Hotel Kuala Lumpur.

Lihat Ucapan Sweett Jannah Nick kepada Ibunya..

“..Semoge Mak Happy selalu”

“Tiada apa benda di dunia buat Angah happy selain melihat mak happy..Angah sayang mak!”

Lihat Kecantikan Ibu Jannah Nick yang jarang dipertontonkan..

“Macam Izara Aishah, Datin Shahida!” -Muda Berseri, Ibu Janna Nick Jadi Tumpuan?

Nama Janna Nick semakin disebut-sebut dalam dunia hiburan sehingga wanita berusia 23 tahun itu diangkat berlakon dalam beberapa drama terkenal seperti Prince Coffee dan sebagainya.

Walaupun masih muda, Janna dilihat pandai membahagikan ruang antara peribadi dan kerja apabila pelakon ini dilihat jarang mendedahkan urusan peribadi termasuklah keluarganya.

Namun beberapa hari yang lalu, Janna Nick dalam laman Instagramnya ada memuat naik sekeping gambar keluarganya dengan hastag #hartaduniaakhiratsaya.

Gambar berkenaan yang turut menampilkan ibunya yang hanya dikenali sebagai Shasha mencuri perhatian netizen. Rata-rata terkejut dan memuji kecantikan ibu Janna Nick yang masih muda dan dilihat seperti anak dara!

Bahkan ada juga yang mendakwa wajah ibu Janna menyerupai pelakon Izara Aishah dan isteri Datuk Aliff Syukri, Datin Shahida. Sama ke?

Berikut kami kongsikan beberapa keping gambar Janna bersama ibunya.

Janna Nick bermula dengan iklan komersial dan video korporat. Ketika itu, usia dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu fokus belajar. Janna mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan. Dia merancang meneruskan pengajian di ibu negara.

Berminat berlakon sejak kecil dan sering memaksa mak membawa kemana ke mana-mana sesi uji bakat diadakan. Memang cita-cita mahu menjadi pelakon dan usahawan berjaya. Selepas mendapat keputusan A dalam semua subjek, Janna terus memohon keluar dari MRSM untuk bersekolah harian biasa.

Mengenai bekalan pendinding diri supaya tidak menjadi mangsa dan tersasar jalan, Janna menjaga solat dan banyakkan doa. Solat itu tiang agama dan ia pendinding terbaik buat kita. Dia tidak pernah tinggal solat walaupun di lokasi penggambaran. Tidak dinafikan, Janna jenis gila-gila dan tidak suka duduk diam tetapi apabila bersolat, orang sekeliling akan hormat dan jaga batas mereka. Mereka juga tidak cakap benda merepek. Andai tidak jaga solat, dengan sikap gila-gilanya, mungkin orang akan fikir Janna jenis murahan.


Adik perempuan Janna Nick


Adik dan mak Janna Nick


Janna Nick dan maknya

Sumber Instagram Janna Nick

Kredit : Kisah Dunia

Loading...